Posts

Showing posts from April, 2016

Duit

Image
Assalamualaikum. Masa aku kecik-kecik, aku seorang yang sangat determine. kalau aku nak something tu, aku akan dapatkan benda tu tak kira apa yang aku perlu buat. Ada satu hari tu, aku ikut mak aku pegi pasaraya bintang. Sekarang pasaraya bintang tu dah takde, dah tukar jadi lain, I guess. Anyway, aku ikut mak aku then sampai lah dekat section mainan. Aku nampak satu set mainan ni, dia macam rumah then ada perabot and orang sekali. Aku rasa harga mainan tu around RM70++ something, aku tak ingat sangat. Aku nak sangat benda tu. Tapi mak aku tak bagi, dengan alasan mak aku takde duit. Aku rasa mak aku tipu dan masa tu aku tak faham apa tu ertinya takde duit. Aku anggap mak bapak aku sentiasa ada duit. Lalu aku pun mula menangis sebab aku nak mainan tu. Aku siap meniarap kat lantai, ugut mak aku yang aku tak nak balik selagi aku tak dapat mainan tu. (Seriously budak-budak, jangan ikut perangai aku) In the end, mak aku terpaksa beli. I won!!! (tapi lepastu bila mak...

Ambil result SPM

Image
Assalamualaikum. Aku rasa aku patut tulis dalam ni pengalaman ambik result spm aku, supaya lagi sepuluh tahun aku boleh baca balik sambil mengimbas kenangan lama. Cewah! Selain daripada bosan, aku jugak rasa takut sepanjang cuti sementara tunggu result spm. korang faham kan perasaan aku? Malam sebelum ambik result tu, aku cuba alihkan perhatian aku daripada fikir pasal result spm dengan tengok cerita cheese in trap two last episode. Sedih gila sia part Baek Inho lawat kakak dia dekat hospital gila tu. Aku rasa macam semua ni tak adil untuk dia. Kenapa dia kena put up dengan semua benda jahat yg kakak dia buat? Kenapa semua orang pandang macam dia yang salah padahal kakak dia yang tolak Seol sampai kena langgar? Kenapa dia yang kena minta maaf dan rasa bersalah padahal semua tu kakak dia yang buat? Lepastu masa dia stay all the time dekat luar hospital gila tu tunggu sampai kakak dia keluar, sedih gila sial part tu. Bercakap pasal ending cheese in trap, ni yang aku...

Aktiviti lepas SPM

Image
Assalamualaikum! Aku selalu bayang apa yang aku nak buat lepas habis spm. Sambil study math moden, (tak faham kenapa nak kena mention study math moden kan) aku terfikir… lepas spm aku nak kerja sementara tunggu result. Then nak pegi jenjalan dengan kawan kawan aku, beli barang dengan gaji yang aku dapat, yada yada. Aku siap buat list lagi aktiviti-aktiviti yang aku nak buat lepas spm. Gigih gila padahal belajar tak segigih ni pun. Okay first, aku cadang nak kerja. Aku kena menjana pendapatan untuk melaksanakan segala impian lepas spm aku. First week lepas spm habis, aku ajak Ayra pegi Tanjong, cari kerja lah konon. Then tak jumpa, aku pergi Slim pulak dengan Ain. Gigih gila aku cari kerja dari Tanjong ke Slim. Tapi takat tu jelah kegigihan aku. In the end aku tak kerja pun sebab: I) Aku tak jumpa kerja yang sesuai untuk aku II) Aku takde kawan nak ajak kerja sesama III) Aku takde transport nak pergi kerja IV) Aku takut nak kerja lepas kawan-kawan aku cerita betap...