Aktiviti lepas SPM
Assalamualaikum!
Aku selalu bayang apa yang aku nak buat lepas habis spm. Sambil study math moden, (tak faham kenapa nak kena mention study math moden kan) aku terfikir… lepas spm aku nak kerja sementara tunggu result. Then nak pegi jenjalan dengan kawan kawan aku, beli barang dengan gaji yang aku dapat, yada yada. Aku siap buat list lagi aktiviti-aktiviti yang aku nak buat lepas spm. Gigih gila padahal belajar tak segigih ni pun.
Okay first, aku cadang nak kerja. Aku kena menjana pendapatan untuk melaksanakan segala impian lepas spm aku. First week lepas spm habis, aku ajak Ayra pegi Tanjong, cari kerja lah konon. Then tak jumpa, aku pergi Slim pulak dengan Ain. Gigih gila aku cari kerja dari Tanjong ke Slim. Tapi takat tu jelah kegigihan aku. In the end aku tak kerja pun sebab:
I) Aku tak jumpa kerja yang sesuai untuk aku
II) Aku takde kawan nak ajak kerja sesama
III) Aku takde transport nak pergi kerja
IV) Aku takut nak kerja lepas kawan-kawan aku cerita betapa merananya dorang bekerja
Selain daripada kerja, aku jugak bayang nak belajar masak daripada sorang chef terkenal, iaitu Chef Puan Sri Emak. Masatu aku rasa, aku sebagai seorang perempuan sejati perlu belajar memasak. So basically sepanjang cuti lepas spm aku sementara tunggu result spm dan result UPU, aku akan belajar masak. Kira pastu aku power ah masak, dah boleh ah masuk meminang aku. Tapi semua tu aku plan je. Kenyataan dia, aku malas gila nak masuk dapur untuk memasak. Mak aku suruh aku buang tulang dan tahi ikan bilis pun aku rasa bad mood gila. Serious aku benci gila benda kecik masin yang menggemukkan tu, dah le kecik lepastu nak kopek dia, the struggle is real wa cakap lu. Kesudahannya, sampai sekarang makanan paling power yang aku reti masak hanyalah ayam goreng :(
Then aku jugak bercadang nak beli album & merchandise winner & vixx pastu buat collection. Walaupun aku rasa macam takde function pun aku beli, tapi aku still nak beli then letak kat rak buat tayang dalam bilik. Masatu boleh ah berlagak macam aku ni betul betul meminati winner & vixx sampai beli album & merchandise semua tu. Tapi aku tak kerja, duit pun takde, so yeah….
Aku belajar violin sekarang ni dah kira dua tahun lebih. Tapi kalau aku main, hmmm bunyi yang keluar memang macam haram. Nampak benor aku ni memang takde bakat nak jadi ahli mozik. So aku cadang sepanjang cuti ni aku nak bagi penuh perhatian practice violin. Aku siap buat wishlist lagu-lagu yang aku nak practice bagi power lagi. Tapi tulah, aku punya malas tahap takleh bincang. Aku practice bila esoknya aku ada kelas je. Hasilnya, lagu paling power aku main adalah lagu-lagu exam abrsm grade 1 je. Memang what the f- sangat.
Kurus. Aku rancang nak buat #ProjekJomKurusBersamaChe sepanjang cuti ni. Work out, jaga makan and everything yg aku perlukan untuk kurus. Tapi aku malas sangat. Instead of kurus, aku jadi makin gemuk. Yeah!
Selain daripada tu, aku jugak cadang nak..
- habiskan mewarna buku adult colouring book yang aku beli kat kedai dua ringgit. Tapi buku tu aku tak sentuh pun. Sampai berhabuk aku tinggal dekat rak aku.
- kumpul semua series buku maze runner. Aku ingat impian yang ni akan tercapai sebab masa birthday aku tahun lepas, kakak aku sembang macam nak belanja aku buku buku tu, tapi sampai sekarang dia senyap je. So nak harapkan diri sendiri, aku takde duit….
- buat drama & movie marathon, tengok semua jenis drama yang aku terlepas sepanjang aku spm. Tapi laptop aku rosak :c
- Aku nak belajar buat kek. Ne tahu nanti dah kahwin, celebrate birthday suami aku buat kek sendiri je kan HAHAHAHAHAHAH (bapak ah impian aku), tapi…aku malas. So yeah… future husband, nanti birthday you kita beli kek dekat kedai je okey HAHAHAHAHAHAHAHA
- Aku nak buat buat bisnes jual tudung online. Atleast aku boleh dapat duit lepas jual tudung kan, tapi handphone aku rosak. Semua tak jalan wey. Tiga bulan aku hidup dengan handphone yang rosak tu. Tapi sekarang handphone aku dah okay. So aku nak bagitau ni, aku jual Humaira Instant Shawl. Kain dia memang high quality and labuh. Korang boleh usya instagram aku @chetakstore for more information. kalau korang nak order boleh wassap aku di 0134323284 ye :)
So basically, hampir semua benda yang aku plan nak buat lepas spm tak tercapai. Aku baru tahu, zaman lepas spm sementara tunggu result ni adalah kehidupan paling bosan yang aku alami sepanjang 17 tahun 6 bulan aku hidup. Kebosanan aku mencapai tahap maksima. Aku dah tak tau macam mana nak describe aku punya kebosanan ni.
Last month masa kakak aku balik rumah for cuti sem, kakak aku pun jadi macam aku. Setiap hari makan, tengok tv and mereput. Akhirnya dia pun cakap macam ni kat aku "Bosannyaaaaaa! selama ni kau macam ni ke dik? Kesiannya kau" aku masatu macam nak nangis sampai keluar hingus. Punya teruk kesedihan aku sebab bosan sangat.
Kesimpulan dia, kehidupan lepas spm memang sangat membosankan. Serious.
Comments
Post a Comment