-#NationalBestfriendsDay
Assalamualaikum & hell-o
Disebabkan harini adalah hari #NationalBestfriendsDay aku rasa kerajinan aku untuk meng-update new post mencapai tahap paling tinggi, maka tercipta lah post ini!
Lagi tiga hari aku nak masuk uia, serious rasa berdebar gila huhu. Aku tak dapat nak describe perasaan aku sekarang ni, dia cam..... ugh Aku sebenarnya takut takde member je kat sana nanti, yelah sebab aku ni kan sebenarnya seorang yang pemalu malahan susah untuk rapat dengan orang. Ecewah! Nasib baik aku ada Timah, itu pun dia tak sama kos dengan aku haihhh (semoga at least dapat satu mahallah dengan timah!)
Ok la sempena dengan aku nak pergi ni aku nak ucapkan Happy #NationalBestfriendsDay kepada
Deskmate yang selalu tidur dalam kelas. Jangan sedih sedih aku & dibah takde sebab aku lagi sedih sebenarnya. Study rerajin & semoga kita berdua dapat sambung degree sama sama kat UIA nanti :) - Ayra
Kawan yang selalu kelaparan. Malas nak kata apa, tapi antara member aku yang perangai paling bitch sekali sekali enko lah. Ha enko. Tapi enko jugak la selalu ada untuk mendengar segala luahan hati aku ni *nangis kesyukuran* Masa aku duk asrama dulu time SPM kau lah paling rajin ajak aku solat. terima kasih ya sohabat! Tengok wayang jangan lupa ajak aku tau. Semoga impian kau nak sambung degree kat UM tercapai #AlwaysPrayTheBest4You - Ain
Kawan yang penuh emosi & kemarahan. Tahun lepas macam-macam onak yang berduri kita lalui bersama tapi kita tetap gigih menempuh segala cabaran hahahaa! Masa aku keluar asrama serius aku rasa macam aku keseorangan, tapi nasib baik kau ada teman aku ke sana sini. Thank you so much bebeh xx Belajar leklok kat u tu, jangan asyik nak usya abang engineer je tak mau tak mau! - Adibah
Classmate dari form one sampai form three, aku ingat perempuan ni susah untuk dibuat kawan sebab mood dia memang tak menentu, keja nak marah je. Tapi aku survive jd member dia selama lima tahun lebih & still counting. Achievement yang membanggakan! Terima kasih menerima aku & segala carutan aku seadanya. Jasamu aku kenang bro huhu - Marsya
Yang sentiasa slow dan tahap ke-slow-an dia kadang kadang sampai buat aku naik angin. Tapi tak mampu marah lama-lama sebab banyak benda nak cerita. Ya, ini lah rakan yang tak akan berjaya mendiamkan aku sebab aku bila tengok kau mesti ada je benda aku nak cakap / cerita 😂 Matrik susah wey, aku pun takut bila terbayang. lagi satu kau dapat jauh pulak tu. Aku tabik ah dengan keberanian kau untuk sambung matrik ;) semoga kau tabah & mampu dapat result yang gempak kat sana! #kamon #yukenduit - Nina
Masa form one aku rasa dia ni lah paling setan sekali sebab selalu bash aku, kadang-kadang rasa macam nak bunuh diri sebab nak elak daripada dia. Tapi bila form two satu dorm, katil sebelah sebelah jadi rapat pulak. Paling jujur sekali ; ada benda tak puas hati bagitau (tak main lah cakap belakang belakang) rindu weh lama tak jumpa! Aku tak tau kau kat mana sekarang but I wish you good luck in everything you do! - Farah
Dulu rajin bersurat dengan aku hihi. yang menjadi pusat rujukan berkaitan hal-hal agama & yang selalu nasihat aku bila ada family problem ke apa. Thank you for being there for me ;) best bila ws kau sebab selalunya kau reply dengan penuh semangat dan jarang blue tick -kan aku hahhaha. sekarang dah berjaya membuka igshop, senang keje aku nak beli bawal crepe je cari kau. Semoga kau sukses dalam online bisnes huhu #membersapotiv & semoga jadi seorang akauntan yang berjaya, you can do it chaiyok chaiyok! - Firzanah
Member yang sangat menggemari indon #Dangdut4lyfe xx kadang-kadang tanpa sebab kau tweet aku pakai bahasa minang, ya aku terhibur, tapi penat cari mak aku untuk mintak translate hahaha. tiba tiba aku teringat kenangan naik motor dari asrama ke rumah kakwa dengan kau masa form three. lepastu duduk dalam dorm sembang pasal u-kiss yang tak pernah menang hahahaha jahat nau! Rindu weh :c - Qina
Si pendek comel, rakan se-bsmm, paling lejen gaduh setahun lebih, rakan se-abdullah. Kalau lepak dengan kau mesti gelak je. Nanti mesti rindu nak pegi kem & kawad dengan kau :') sekarang berjaya dah dekat uni haihh semoga kau pandai bawak diri ye huhu I wish you best of luck! - Nisa
Classmate dari form one sampai form five. Kpoppers tegar macam aku tapi dia lagi teruk dari aku heheh! Kuat emosi tapi takpe aku dah biasa handle orang-orang emo ni sebab aku pun kuat emo #gua #terima #lu #seadanya // ingat tau teruk mana kita gaduh pun, benda tu takkan end-kan friendship kita. Kau pun tau, aku marah bukan lama. So tak kira apa pun jadi, you're still my friend ;) - Zue
Si pandai yang susah gila bila nak ajak gather. Padahal rumah dia kat Sungkai je tapi dia punya susah nak ajak keluar umpama dia duduk di Pluto. Apa pun dia memang kuat merepek. Teringat haritu ws semata-mata nak tanya pasal gosip UITM Dengkil LOL good luck Arina kat UITM Dengkil tu belajar rerajin, ceh kau memang rajin pun kan. Aku ni je ha yang tak berapa rajin :'> tapi takpe, aku dalam usaha nak berubah ke arah yang lebih baik, so doakan aku ye! Cewah! - Arina
Atok yang jauh di Melaka. Udah lama enggak ketemu. Rindu zaman kegemilangan kat sekolah di mana orang pegi sekolah kita masih lagi rilek rilek nak pegi surau untuk solat subuh haha! Lepastu masa bulan puasa ingat tak kau tercampak selipar kat atas bumbung & kita bertiga (termasuk farah) gigih nak panjat bumbung tu. Serius rindu gila! Lepastu atok selalu ajak aku solat, Thank you :) Tetiba teringat al-Quran yang kau bagi aku tu. Haihh dah lama aku tak baca al-Quran ni #Insafjap - Atok
Kenal tak sampai setahun pun tapi si Atiq ni memang senang nak ajak sembang & mudah sangat terhibur. Kadang-kadang benda tak kelakar pun dia gelak, I can't brain this! Handphone aku kalau tiba-tiba takde tu kerja dia lah, layan video bigbang kat handphone aku :') Atiq sober semoga berjaya mengikut jejak aku & zue menjadi kpoppers sejati #akusapotkau - Atiq
Si kurus yang entah bila enko nak gemuk ee benci betul. Deskmate masa zaman RK haihh rindu. Banyak tau kenangan kita bersama ustazah asmiza *flip tudung* Paling tabah berhitaman dengan aku demi kawad bsmm, tapi form four kau pindah meninggalkan aku & rakan rakan bsmm yang lain. Pilu hati ini kawad tanpa kau huhu. pape pun, semoga kau berjaya dalam menceburi bidang perkayuan. Aku sentiasa sapot kau dari jauh xx - Intan
Lepas minat seventeen makin kuat kpop-ing dia ni. Entah la nak, aku tak nak komen sebab aku pun kpoppers. Dulu lepas PSRA kita terpisah kejap, tapi punya kuat jodoh masa form four jumpa balik. Lepastu jadi teman se-stay aku, makan kat Farhani tiap kali ada koko & kelas tambahan ;) Apa pun, semoga maju jaya sebagai seorang akauntan. Terima kasih banyak ajar aku masa nak dekat spm dulu, jasamu dikenang bro :') - Sarah
Si putih yang cantik & banyak cakap. Paling terluka bila kau hina asus kebanggaan aku yang tak boleh touch dulu. Tapi takpe aku memang tabah. Study elok-elok ya di pomsik, tengokkan si Ayra tu, kalau dia malas study kau lempang je biar dia sedar yang STPM tu bukan senang! Kena struggle tau! Lewls pape pun, "putih putih buat apa? Cepat kotor" tetap menjadi modal aku untuk bahan kau. Tu lah sapa suruh putih sangat :p - Emma
Seperti kacang lupakan kulit, kau duorang memang dah lukakan hati aku yang rapuh ni. Tapi takpe aku still anggap korang bestfriend aku tapi aku dendam dengan korang. Kalau jumpa tepi jalan nanti aku nak buat tak kenal je kat korang LOL. satu je nak pesan, kalau someone tu berubah ke arah yang jahat (takde lah jahat sangat tapi mungkin tak sebaik korang kan) tak perlu lah kau nak jauhkan diri daripada dia. Dia manusia gak, kau siapa nak judge huh? Huh? Ok whatever semoga korang maju jaya. Terima kasih pernah jadi member aku dulu - anon 1 & anon 2
Hidup ni umpama roda, kadang-kadang kita kat atas kadang-kadang kita kat bawah. Member yang ada dengan kita tak kira masa kita kat atas ataupun kat bawah tu la yang layak digelar member sejati. Fuhh bapak ah aku bagi perumpamaan. Rasa nak tercekik tekak ni menulis.
Pape pun, zaman sekarang bukan senang nak jumpa member yang ada time kita susah & senang.
Terima kasih ya rakan-rakan seperjuangan yang ada dengan aku & memeriahkan kehidupan aku di Kjo huhu. Terima kasih sudi berkawan dengan kakche yang berperangai pelik ini. Tak kira teruk mana kita gaduh in the end mesti kita berbaik kan? Semoga friendship kita bertahan sampai bila-bila. Love y'alls huhu
Comments
Post a Comment