Ta'aruff Week

Assalamualaikum, hey, hello, hai!






(before korang baca, korang kena tahu yang post ni dah lama dalam draft aku, aku malas nak post je. so faham-faham lah eh hehe)




So, pada 12 Jun 2016 yakni bersamaan hari ahad, aku pun mendaftarkan diri dekat IIUM PJ. Sebenarnya nak masuk u ni, aku bukan risau tak boleh manage time mahupun jadi homesick tapi aku risau aku takde kawan. Bagi aku, nak bergaul dengan orang yang aku tak kenal ni sangat lah susah. Rasa diri ni asing gila kut kat sana, and believe me, it was really hard for me to fit in :c

Timah bagitau yang dia pun dapat IIUM, cuma lain kos. Aku punya happy tak boleh nak digambarkan ok sebab ada geng dekat sana nanti. Aku memang mengharapkan Timah je, tapi last minit Timah bagitau yang kos dia bukan dekat IIUM PJ, tapi dekat IIUM Gombak. Ko boleh bayang tak betapa berkecamuknya perasaan aku masa tu?! Dia umpama my one and only hope to survive in this whole new world vanished in front of me. Wah lao!

Tapi for the first week kat sini, (kitorang panggil Ta'aruf Week) Timah duduk IIUM PJ dulu, Jumaat pagi baru dia bertolak IIUM Gombak. So I get to spend one week in the same campus with Timah, then I have to survive ALONE.

Above all that, everything's fine. Oh and yeah, aku dapat bilik dengan tiga orang roommate dan katil adalah katil single bukan double decker yeay! Roommate aku semua datang dari jauh, Atikah dari Kelantan, Syaheera dari Terengganu dan Tasha dari Johor.



First Day

Hari pendaftaran. Nothing much happened. Aku berseorangan berjalan ke sana sini sebab Timah mahallah dan kos lain daripada aku, so agak susah nak jumpa dia. Mahallah Timah jauh gila daripada Mahallah aku. First day ni aku berbuka dekat Mahallah dia dulu. Roommate Timah sorang ni sangat mudah terhibur lepastu dia kata muka aku macam jep sepahtu :')


Second Day

Korang pernah dengar tak orang cerita orientasi UIA penuh dengan exam je? Yes semua cerita tu betul. Harini daftar, esoknya kitorang dah kena bersedia hadap tiga jenis exam iaitu

1) Englist Placement Test (EPT) - exam untuk tahu sampai mana tahap ke-power-an korang dalam english. Soalan dia macam soalan SPM tapi lebih susah. Aku ambik masa jugak lah nak fahamkan ayat sebab ada perkataan yang aku tak tahu maksud,masa tu aku terfikir hmm lemah jugak vocab aku ni. Tapi keajaiban telah berlaku, di mana aku passed exam ni dan dapat exit daripada ambik kelas BI HAHAHAHHAHA!

2) Arab Placement Test (APT) - exam ni paling aku risau sekali, tapi kerisauan tu betul betul buang masa aku. Dekat depan kertas soalan tu dia akan tanya samada kau ada basic arab ke tak & kau jawab ke tak soalan dalam ni. Aku tulis dua dua NO so lepas lima belas minit, aku dah boleh keluar bilik exam. Sebenarnya aku cuba jugak nak jawab, tapi harammm satu pun aku tak faham --

3) Fundamental Knowledge Test (FKT) - ni exam untuk tengok kau tau tak fardhu ain. Soalan dia macam semuanya basic dan kau boleh jawab mengikut ilmu yang kau dah belajar masa sekolah dulu plus kelogikan akal kau. Test ni dalam bentuk objektif so senang lah, boleh lah jawab sambil makan kacang.

Untuk exam EPT & APT ni actually untuk menentukan berapa tahun kitorang asasi dekat sini. Tapi tahun ni macam lain sikit, asasi kitorang semua setahun & kalau EPT & APT kitorang tak lepas level yang sepatutnya, kitorang akan extand time degree & ambik kelas.

Macam budak-budak yang nak graduate cepat tu gigih la dorang tidur lambat, study malam before exam. Macam aku yang suka rilek-rilek dan tak kisah pun kalau graduate lambat, aku tidur awal dengan penuh ketenangan. (p/s: roommate aku semua gigih study malam tu, kecuali aku)

Yang kelakarnya, aku dapat tahu yang kawan lama aku dekat Bangi (nama dirahsiakan) dapat IIUM jugak dan dia sama kos dengan aku. Nak dijadikan cerita, lepas exam arab, aku keluar awal lima belas minit, dan dan kat luar pintu bilik tu ada kawan lama aku tu. Aku sebenarnya bukan nak menyombong, tapi aku ni kan pemalu tahap cipan. Lepastu aku pun jalan lah dengan penuh konfiden, tak pandang dia pun nak acah-acah macam tak perasan. Lajuuuu je jalan. Sekali dia panggil "Syuhada!" Allah!!!

Aku pun pusing pandang dia, sambil buat muka terkejut "ehh" lepastu dia pun kata dia nampak aku sebelum ni, sebab tu dia tegur. Aku pun macam "ohhh okay okay". Wey serius awkward gila. Tak sebenarnya aku tak expect pun dia nak ingat aku, sebab aku ni kan bukan jenis bising dan orang tak ambik kisah pun apa jadi kat aku. Lagipun last time aku jumpa dia masa darjah empat, which is around lapan tahun lepas.

yang tak boleh blah, dan dan la dia satu kelas dengan aku HAHAHAHAHA



Third Day

Hari ketiga adalah hari yang sangat memenatkan.

Pagi tu kitorang duduk dekat dewan sebab ada briefing pasal Student Activities, Introduction to Academic Services & Academic Management & Admission Division bla bla bla benda yang aku tak ambik kisah pun sebenarnya.

Malam tu aku jumpa Paan the Keyboard Warrior kat Kiosk. Aku punya eksaited jumpa dia macam aku jumpa saudara di planet asing. Korang faham kan perasaan dia macam mana bila kau sorang-sorang dekat tempat baru dan kau tak kenal sesiapa pun. Then tiba-tiba kau jumpa classmate kau yang kau takde lah rapat dengan dia, tapi kau dengan dia satu kelas masa form four & form five. Lalu aku pun dengan gembira tegur dia "eh eh paannnn", tapi dia punya reaction sangat mengecewakan aku. Dia macam "ehh hai. Kau sorang je? Mana Timah?" Dia tak tau ke aku dengan Timah terpisah sejak daftar lagi TT


Fourth Day

Hari keempat aku dengar berita baik iaitu Cafe Mahallah aku bukak sampai jam 5 pagi, means aku dapat la beli sahur pagi tu. Itu semua rancangan asal, tapi disebabkan malam tu aku tidur lambat sebab habis aktiviti lambat + aku makan maggi cup ayam yang sedap gila, aku tak bangun pagi untuk sahur. Aku dah set jam, tapi rasa mengantuk sangat untuk bangun. So, in the end aku hanya minum air kosong. & the best part is satu bilik aku tak bangun sahur sebab mengantuk sangat.

Dalam pukul 7 pagi kitorang berkumpul dekat padang macam biasa, lepastu bersiap untuk pergi Tilawah Entrance Test (TEnT). Exam dia kejap je, sebab you just have to read al-Quran infront of the examiner dalam tiga empat ayat je lepastu habis. Tapi yang lama dia kena tunggu turn lah. Tapi nasib menyebelahi aku sebab aku tunggu tak lama sangat, around 9:45 AM aku dah habis.


Fifth Day (Last day TaWe16/17)

Aku bangun dan siap (agak) awal, demi mengejar tempat duduk dalam dewan. Cerita dia sebab kitorang terlalu ramai dan dewan tak cukup besar untuk memuatkan semua orang. So in the end, ada yang terpaksa duduk di khemah yakni di luar khemah. Macam masa talk sebelum sebelum ni, aku mesti kena duduk kat khemah tak kira berapa awal pun aku siap. Sampai aku pun dah givap nak kejar duduk kat dewan.

Sampai lah final day ni, diorang cakap siapa awal dia dapat duduk dalam dewan. So yeah! Disebabkan aku agak awal pagi tu, aku pun dapat duduk dalam dewan. Nothing special pun duduk bawah dewan cuma yelah, dalam dewan ada Air Cond huhu.

Lepas dapat duduk aku diam je sebab aku ni kan seorang yang pemalu dan pendiam HAHAHAHAHA. Tengah duduk tiba-tiba aku dengar suara orang belakang berborak. Familiar gila suara dia. Sekali aku pusing, rupanya Timah. Masa pusing tu terus aku tegur "wey Timah" dengan nada yang penuh eksaited lalu Timah pun "wey Che!!", dia punya eksaited tu memang pada tahap yang paling tinggi tau.

Semuanya sebab Timah Mahallah Khadijah, aku pulak Mahallah Umar. Bila berkumpul susah gila nak dapat duduk dekat-dekat sebab kitorang mesti terpisah. So bila tiba-tiba dapat duduk dekat aku rasa macam magic gila hahahahah!

Anyway, Bai'ah Ceremony berjalan seperti biasa. Kitorang kena dengar dekan dan segala yang berkenaan berucap. After that perasmian, and we're officially IIUM student *cheers*






**



kalau nak suruh aku describe first week di UIA ni aku akan cakap yang first week ni memang minggu aku emotional habis. but anyway, it's a new experience for me I guess.

To be honest, aku belum dapat suaikan diri kat sini. semua benda masih kabur, aku belum jumpa member yang betul-betul masuk dengan perangai gila aku. I still (sometimes) jalan sorang-sorang pegi sana.

I guess that's all yang berlaku for my first week in CFS IIUM PJ. Gonna update later if there's fun things happen (only if). Okay bye! :)

Comments

Popular posts from this blog

IKEA Food Delivery

Alternative for Cetrimide lotion

Coco Latte