Tragedi Ikan keli
Semalam masa aku turun bawah untuk mencari makanan, aku diberi arahan untuk memasak ikan keli. Seumur hidup aku, aku tak pernah masak ikan keli. Aku ni tak suka memasak, list makanan yang aku boleh kira pakai jari kut. Basically, benda yang aku reti masak adalah
1. Air
2. Nasi (nasi goreng aku tak reti LOL)
3. Telur (telur goreng, telur kicap, telur dadar segala mak nenek I'M A PRO HAHAH)
4. Terung masak kicap
5. Ayam goreng, Ayam masak kunyit, Ayam kicap (?)
That's it. Okay la aku pernah je masak tomyam, sup ayam, yada yada tapi yang tu semua bukan 100% hasil tangan aku, biasanya ada mak atau kakak ipar aku akan tolong. Biasa kalau kakak ipar aku yang tolong, dia sediakan semua bahan, aku tinggal nak masuk dalam kuali pun. Tengokla betapa dependent nya aku dekat orang lain bila memasak.
Serious doh, aku tak suka gila memasak. Masa lepas aku form five dulu ada la aku selalu masak untuk tengahari, tapi aku stop lepas ayah aku tak makan sayur yang aku buat dengan comment "macam mana ayah nak makan? Tak sedap!". Sejak dari itu aku bersara daripada memasak. Aku benci gila memasak!!
Okay back to the main topic, jadi aku pun menggigihkan diri masak ikan kali FOR THE FIRST TIME. Yela selama ni kalau mak aku suruh masak, mak aku akan suruh aku masak ayam goreng je. Ayam goreng ni kira paling basic ah, kalau kau tak reti kau tak payah jadi manusia la. Bagi aku, lantak la lelaki ke perempuan, dua dua jantina kena at least reti masak ayam. Yela selama ni asyik cakap "perempuan, kalau tak reti masak bla bla bla" eh menyampah betul. Dasar manusa sexist!
Tapi pengalaman aku first time masak ikan keli ni jadi pengalaman yang diingati sebab bukan sahaja aku perlu memasak ikan keli, tetapi aku juga harus melakukannya seorang diri tanpa bantuan seorang chef (baca: mak/kakak/kak madihah) pun. Mak aku selesai sahaja mengarahkan aku untuk memasak ikan keli, beliau pun keluar rumah untuk ke Gombak. Mak aku hanya pesan:
"Ikan ni, tunggu minyak panas. Lepas minyak panas, kecilkan api. Masukkan ikan dalam kuali, tutup kuali dengan penutup sebab nanti dia meletup. Lepas tutup baru kuatkan balik api. Tunggu 7 minit terbalikkan ikan"
Jadi hanya itu pesanan yang ditinggalkan. Dah la aku ini hanya seorang perempuan lemah yang tidak reti memasak, gamaknya ibuku meninggalkan aku memasak seorangan. Tetapi dengan kegagahan dan kecekalan aku sebagai seorang perempuan, aku teruskan perjuangan untuk memasak ikan keli. Jadi bermulalah operasi aku memasak ikan keli. Dengan penuh confident, aku pun buat seperti yang disuruh. Lepas 7 minit aku terbalikkan ikan. Alhamdulillah tiada apa-apa masalah (buat takat ini lah).
Selepas berjaya terbalikkan ikan dan tutup kuali, aku pun duduk di depan TV. Mak aku selalu pesan, "kalau memasak jangan pegi mana-mana, stay je dekat dapur". Tapi biasa la aku ni kan agak nakal (ejaan: nuckalxx) jadi aku dengan penuh confident set masa 7 minit untuk aku datang balik kat dapur tengok ikan keli tu. AND HERE'S THE REAL DEAL:
Selepas tujuh minit, handphone aku berbunyi teettt teeettt, maka aku berjalan dengan penuh confident persis seorang Chef untuk melihat ikan keli aku. Dan ini hasilnya:
HANGUS YE, IKAN KELI NI HANGUS. First batch ikan keli yang aku masak buat pertama kali dalam seumur hidup aku, hangus. Pilu hati ini bila melihat ikan ikan ini. Hitam macam arang. Tapi, aku gagahkan diri, walaupun first batch ni hangus, aku try luck aku untuk masak second batch pulak. Kalini I've learnt my lesson jadi aku tak tengok TV. Aku duduk diam-diam kat dapur sambil perati ikan ikan tu dimasak dek minyak panas.
Dan inilah hasilnya:
Cantik bukan? Nampaknya takde la teruk sangat air tangan aku memasak wooohooo. Tapi, aku still tak suka memasak. Ok bye

Comments
Post a Comment