Sentimental Songs
Sebagai seorang yang sangat suka dengar lagu, hampir semua lagu yang aku selalu dengar ada sentimental value dekat aku. Probably sebab aku sejenis yang bila aku tengah minat sesuatu lagu tu, aku akan dengar lagu tu over and over again. Aku juga sejenis yang suka cari maksud lagu, reason kenapa penulis tu tulis lagu tu, yada yada. Tapi paling frust bila lagu tu bukan lagu English, susah gila aku nak jumpa meaning disebalik lagu tu. Macam lagu Mawar Khayalan, sampai sekarang aku tak faham lagu tu pasal apa. (Kalau korang tahu tolonglah share dengan aku. It's killing me okay to not find the meaning of the song. Stress!)
Ada juga sesetengah lagu buat aku teringat dekat specific someone. Kadang reason dia bodoh-bodoh je. Contohnya orang tu selalu pasang lagu tu ke, orang tu selalu post lagu tu ke, mesti aku akan teringat dekat dia kalau lagu tu terpasang. Kadang juga sebab aku sejenis yang aku akan bayang orang yang aku tengah in love. So, bila love songs = terbayang crush. Hahahahahah.
Aku siap buat satu playlist kot pasal crush aku. Okay lah bukan playlist pasal dia, tapi macam love songs yang bila aku play, aku akan terbayang dia. I know bro, loser gila aku bila bab suka orang ni. I am so hopelessly romantic :p
>playlist untuk crush<
(Sila click perkataan di atas ini untuk melihat playlist gedik aku ehekkk :P)
(Sila click perkataan di atas ini untuk melihat playlist gedik aku ehekkk :P)
Tapi tu ah, cons bila aku buat playlist crush aku, sekarang aku tak boleh dengar lagu-lagu dalam playlist tu. It hurts like shit okay. (p/s: Google maksud Mirage and you'll find the reason why I named it 'Mirage')
Okay tutup cerita crush, sebab hati aku masih sakit ya bila cakap pasal ni. Back to the main reason of this post, Lagu-lagu yang ada sentimental value ataupun somehow reminds me of someone;
Jeremy Zucker - Comethru
Okay, setiap kali lagu ni terpasang, kotak memori aku travel back to some time around December, 2018 and January, 2019. Kenapa? Sebab masani aku struggle gila dengan kehidupan aku. Aku juggle between oral submission mooting, finals dan juga ulang alik pergi Hospital sebab ayah aku sakit. I remembered studying at the hospital, waking up early untuk bawa breakfast untuk mak aku yang jaga ayah aku dekat hospital on weekends, I remembered Nasriyah came to my room and asked me, "Kau okay tak?" and I cried sebab ayah aku kena operate on the same day aku ada oral submission. I remembered wearing baju pergi court to the hospital and told my dad yang aku ada oral submission sambil menahan nangis sebelum ayah aku operate, I remembered having friends yang tahu situasi aku dan would constantly check up on me (which I am very very thankful for), I remembered Inspirians yang lawat ayah aku dekat hospital lepastu kitorang pergi makan askem mcd after that.
Comethru adalah lagu yang aku dengar over and over again masatu, sebab I can relate dengan setiap lirik dalam lagu tu. I was dead tired, at the same time hopelessly asking someone to "come through"
Hafiz Hamidun - Cerita Hati
Okay, untuk lagu cerita hati, specifically aku akan teringat dekat moment aku dengan Sendoh main pasir dekat pantai. Or ummm the whole trip kitorang ke Port Dickson. Sebab masa perjalanan we would play nasyid songs pastu kawan-kawan aku akan melawak, "Syu mesti tak tahu lagu ni" sebab dorang stereotype aku budak sekolah biasa = tak dengar nasyid hahahahah setan en :') But then out of all nasyid songs that we listened to, cerita hati adalah lagu yang Sue would sing over and over again sepanjang trip kitorang. Ni antara punca ya lagu ni buat aku teringat dekat trip to PD.
Masa on the way balik, kitorang randomly search maksud lagu cerita hati ni. It was about friendship dan perpisahan. Something like that hahah
BTS - Blood, Sweat, Tears
Okay sebenarnya takde reason yang kuat pun, lagu ni keluar masa aku short sem dekat CFS. So, bila aku dengar lagu ni aku akan teringat moment moment short sem aku masa CFS. Peliknya, otak aku mesti bayang UKC 2nd floor. lol
VIXX- Error
I remembered having 'hope' masa SPM. I don't know why, tapi masa aku 17 tahun, nak dekat SPM aku rasa malas gila dan aku tak jumpa reason untuk hidup. Nothing. Cam, you ever felt so empty, like nothing excites you anymore? Lepastu aku jumpa group VIXX ni specifically dengan lagu ni, panjang weh nak cerita macam mana, but hey lagu ni buat aku rasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan masa SPM hahahahah. Damn, aku minat VIXX teruk gila masani, cam life aku.... Phewww, kalau tak study untuk SPM I would be on my phone watching their videos over and over again. Gila! (p/s: Sekarang aku dah bersara doh hshshshhs)
The Red Jumpsuit Apparatus - Your Guardian Angel
God, this song tak ingatkan aku dekat mana-mana moment kehidupan aku, tak mengingatkan aku dekat sesiapa pun.Tapi aku nak highlight lagu ni juga!! Bila dengar, sakit dia lain macam. Aku tak tahu macam mana nak explain, but my heart would ache bila dengar lagu ni. Probably sebab lirik dia. Tapi kadang I would play this song untuk menyakiti diri sendiri HAHAHA
Crumbs - Disagree
Lagu ni reminds me of Abang Shimi. BECAUSE HE WAS (OR IS) SOOOO OBSESSED WITH THIS SONG!!! Sebab dia ada history kot pasal lagu ni, to the point yang kalau aku dengar lagu ni mesti aku ingat dia :') I remembered it was around 1AM when he told me to listen to this song pastu aku cam, "Ehhhh I know this song!!!" Sebab masa aku kecik abang-abang aku selalu pasang genre lagu yang macam ni, so lagu ni sounds familiar pada aku. Lagu ni sedap sebab dia macam emo gila pastu suara vocalist dia.... Damn bro :') u make me emo ok. Sumpah lagu ni emo kILL ME
Ungu - Percaya Padaku
Bro.... Lagu ni legend. Bila dengar lagu ni akan bawa aku ke 2011. Masani aku Form one. Aku akan terbayang kegelapan Dorm A asrama aku, katil-katil dalam dorm tu, pagi yang masih gelap dan juga Kak Sheya. Random kan ada nama Kak Sheya? Ni semua sebab Kak Sheya bawa handphone dan dia guna lagu ni sebagai alarm dia pepagi. So I'd be listening to this song.... Setiap pagi :')
HONNE - Feels So Good
Ni lagu perkenalan aku dan Inspire. Cewah! Sebab aku guna lagu ni untuk buat video special pasal Inspire. Dengar je lagu ni aku teringat semua memori indah aku setahun masa aku memula masuk Inspire. Masani semua benda happy, lepak, gelak tak ingat dunia, lepak lagiiii. Indah gilaaaaa hidup aku masani? We had sooooo much fun. Cam, takde struggle, takde menangis sebab Inspire, duduk Hs Dry sebab nak lepak bukan sebab ada meeting malam tu. Masani banyak gila benda kenangan manis sampai aku tak ingat kenangan pahit first year aku kat Inspire. Ni semua sebelum aku jadi trainer okay. This is wayyyyy before shits get real :') Rindu gak kehidupan jadi junior, jadi batch paling muda, takde responsibility, dijaga oleh batch atas.... Hahahahhaha
HONNE - Crying Over You
HAHA OKAY NI RANDOM, tapi keyword memori aku untuk lagu ni:
Wangsa Walk. Kelab Makan. Jambatan.
Ni semua sebab masani aku tengah memang minat lagu ni, sebab lirik dia macam emo gila. Aku dengar ulang, ulang dan ulang! Lagu dia pasal lepas breakup, walaupun aku tak boleh relate pun sebab tak pernah couple, tapi lagu ni buat aku emo troxxxx. Aku suka tau fefeeling macam tu. Biasa lah drama kan.
Tapi spesifik kenapa lagu ni mengingatkan aku dekat tiga benda kat atas tu, sebab aku tengah dengar lagu ni lepastu dalam group Whatsapp 'Kelab Makan' Tini dengan Abang Paan tengah gaduh pasal Abang Paan mintak Tini ambil dia kat tempat kerja dia tapi Tini tak nak. Okay, aku pun terlibat lah masatu, to the point yang Abang Paan majokkk hahahhaha. Aduhhh kelakar lah. Masa pergaduhan tu, aku tengah berjalan dari LRT ke Wangsa Walk, lepastu aku lalu jambatan. Masa lalu jambatan tu lah aku snap gambar jalan pastu up kat igstory berserta caption "You're not the only one who's hurting". Random gila, ye korang kalau nampak aku up story cam emo kan, kadang aku bukan emo pun. Tapi aku tengah dengar lagu dan aku menjiwai lagu tu HAHAHAHAHHA! Pastu Abang Shimi reply, "hmm sorry Syu". Padahal aku tengah fefeeling dengar lagu, dia ingat aku post sebab pergaduhan dalam Kelab Makan tu :')

Jung Ah - You're Cute
Lagu ni membawa aku baaaccckkkkk to 2011. Soundtrack korean drama 'Pasta'. Lagu ni buat otak aku bayang Dewan Makan, TV dekat dewan makan dan juga minum petang. To be honest, sampai sekarang aku tak tahu cerita Pasta ni pasal apa. Tapi aku ingat kawan-kawan aku hype gila pasal cerita ni. Kitorang akan minum petang sambil tengok cerita ni sebab dia siar dekat TV8, if I'm not mistaken. Aku tak tengok sebab aku tak minat, tapi lagu dia ni cam being played so many times masa ni. Yela benda tengah hype kan ahahahahha
One Avenue Band - Kisah Antara Kita
AGD Inspire 2018. God, lagu ni hype gila masani sampai kat mana-mana pun dengar lagu ni. Lagu ni literally everywhere!!! Lepastu batch aku guna mv lagu ni untuk persembahan batch kitorang masa AGD. So, yeah
Masdo - Dinda
Lagu Dinda ni naik troxxx lepas Ainina Hasnul buat cover lagu ni. Sampai jadi trend, semua orang buat cover juga. Aku dengan Sue siap gigih record video macam yang Ainina Hasnul cover tapi tak jadi sebab mic handphone Sue rosak hshshhshs bongok! So, lagu ni specifically mengingatkan aku dekat kelas HS, aku dan Sue buat parody dan juga meeting. Sebab, kitorang buat benda ni masa tengah meeting untuk AGM tahun tu kahkah. (Nampak la kitoraang punya free ride sampai boleh record video masa meeting agagagagga)
Orkes A Hizadin - Kejayaan
Okay! Lagu ni adalah lagu KMJR2.0. Lagu ni buat aku terbayang dekat dewan kem tu hahahaha. Sebab masani Ainu nak buat video untuk closing ceremony, dia tak tahu nak letak lagu apa lepastu ada orang suggest dia pakai lagu ni. And that's it. Aku tahu kewujudan band ni masatu lah, pastu for a few weeks aku asyik dengar lagu ni sebab bestttt pastu cam very halal doh lirik dia hshshshshhs
The Times - Gadis Ku Dalam Koma
Aku tak ingat spesifik timeline lagu ni masa umur aku berapa, tapi lagu ni bawa aku balik ke masa aku sekolah rendah dan masih duduk dekat Bangi. Time ni lagu indie naik gila. So, abang aku selalu play lagu-lagu macam ni. Tapi paling kelakar lagu ni sebab my dumb ass thought tajuk lagu ni "Gadisku dalam kolam". Sebagai budak sekolah rendah, aku pun question, "kenapa dia buat lagu pasal girlfriend dia yang masuk kolam? Dia risau girlfriend dia lemas ke??". Jadi aku teruskan kehidupan fikir lagu ni pasal boyfriend risau girlfriend dia mandi kolam sampailah aku menyanyi lagu ni dekat kakak aku, "Gadisku.... dalam kolam...." Pastu kakak aku gelakkan aku. Sejak itu barulah aku tahu, penyanyi tu sebut koma bukan kolam selama ni :')
Okay, sebenarnya banyak lagi lagu yang macam membawa aku throwback ke memori memori lama, but for now I guess this is all. Mau sampai esok aku tak habis menulis kalau nak list kan semua hahahahha. Juga, sebab aku tak boleh ingat lagu apa lagi, sebab biasanya kena dengar dulu baru ingat. Get it?
Okay, bye aku nak sambung study Company Law. Kalau rajin aku buar Part Two. Cehhhh.

Comments
Post a Comment