Alternative for Cetrimide lotion
Assalamualaikum, hi!!
Seperti yang kalian tahu, bulan 6 tahun lepas aku mengalami breakout yang teruk dalam seumur hidup aku. Level teruk breakout aku mencapai tahap aku perlu ke dermatologist ya. It was that bad :(
Oh by the way korang boleh baca entri aku pasal breakout aku kat sini: >BREAKOUT 2019<
So, for a few months dalam rawatan, aku diberikan Cleanser (Cetrimide lotion), Moisturiser, Ubat jerawat & Sunscreen. Means that, for a few months juga aku stop pergi Guardian/Watsons. Aku bergantung pada skincare yang hospital bekalkan. Dan aku masih dalam rawatan, yang sepatutnya aku ada appointment pada hujung April yang lepas, tapi as we all know, kita dalam tempoh PKP.
Lepastu, hospital inform aku yang appointment aku ditolak ke bulan 8. Benda ini adalah satu masalah bagi aku, sebab:
1. Aku dibekalkan skincare yang bertahan selama 2 bulan je masa last appointment aku.
2. Aku sepatutnya dapatkan stok skincare masa next appointment aku.
Aku try contact hospital untuk isu ni, sebab cleanser aku dah habis. Moisturizer aku dia bagi banyak, so takde masalah. Tapi cleanser...... :(
I was told to buy the cleanser dekat farmasi, yang aku dah try contact semua farmasi berdekatan tapi takde satu farmasi pun yang jual cetrimide lotion. Koyak weh, sebab muka aku dah start breakout balik. Probably sebab pemakanan aku, dan tak dapat dinafikan yang rumah aku ni agak panas nak dibandingkan dengan UIA. Gabungan dua benda ni, boom!! Jerawat kembali.
Cetrimide ni sangat function tau. Selama ni aku ingat dia cleanser biasa, tapi selepas google rupanya dia memang untuk acne.
Nak dijadikan cerita, sebab semua farmasi takde jual cetrimide, aku redha dan mula mencari alternatif lain sementara nak tunggu next appointment aku untuk dapatkan stok skincare sobs. Yang function macam cetrimide, yang harga boleh bincang. Sebab sis is broke :’)
So, untuk first try, setelah Google untuk review produk dan terpengaruh apabila ke Guardian, aku cuba hada labo punya cleanser. Semuanya sebab aku baca label dan aku rasa macam functionn. I mean, hada labo kot, mestilah dipercayai. Kan?
Harga: RM 26+ (Tapi masa aku beli tengah offer hehe) |
However, sebaik saja aku pakai cleanser hada labo, jerawat naik lagi banyak. Koyak weh!! Mungkin sebab hada labo punya cleanser terlalu strong untuk aku. Kulit aku memang sensitive teruk.. Lepas beberapa hari, aku pun stop sebab aku perasan yang muka aku takde improvement, jerawat lagi naik, dan lepas basuh muka aku boleh rasa yang kulit aku terlalu kering.
So, cleanser hada labo adalah NO NO.
Aku Google lagi, masih mencari alternatif lain untuk cetrimide lotion. Cari dan cari, akhirnya aku decide untuk beli Cetaphil. Memang banyak review elok pasal Cetaphil ni aku jumpa, tapi entah lah aku tak tergerak hati nak beli. Sebab aku rasa Cetaphil ni tak power hahahhaa. Semua sebab aku ada terbaca tweet kata bila pakai Cetaphil ni muka tak breakout sebab ingredients dia tak buat pape pun dekat kulit kau. Dia tak rosakkan, dan dia tak rawat. 0 effect. So aku macam.....meh
Tapi disebabkan aku sangat memerlukan cleanser, aku rasa stuffy kalau tak basuh muka pakai cleanser, aku pun angkat bendera putih dan try Cetaphil.
Harga: RM 30++ (Masa aku beli tengah offer jadi RM 21+ hehhehe) |
After a few weeks pakai Cetaphil, I would say yang Cetaphil ni okay lahhhh. Sebab lepas basuh muka aku pakai ni, kulit aku tak rasa kering sangat. Rasa cam...okay lah bersih la gak. Most importantly, dia tak buat muka aku breakout hehe ^^
So, untuk yang kulit sensitif teruk macam aku, korang boleh stop buang masa dan duit beli cleanser yang confirm akan buat muka korang breakout. Berpindah lah kepada Cetaphil, sebab kita ni kulit sensitif tiada pilihan pun :’)
Comments
Post a Comment