Heartache

 Hi. It's been a while.


Sekarang aku tengah dalam examination week. Aku ada paper jam 9 pagi esok, tapi macam biasa lah. Masa kena study adalah masa aku paling ada rajin nak membebel dekat blog idek why.


But anyways, untuk yang tak minat kpop dan tak suka fangirl boleh stop baca sebab legit I am going to pour my heart here,,, sebab it's been 4 days dan aku masih lagi menangis randomly ya. Dah lama aku tak sedih sampai macam ni sekali..


Honestly, aku sedar je yang aku ni mentally unstable. Cam, I'm bad at controlling my emotion. Aku tahu. Ada masa aku happy aku happy sangat, bila sedih jadi sedih betul.. Tapi aku takde lah selalu sangat sedih, cam dia macam bermusim. I guess? Biasanya satu malam je sedih esok tu dah okay.


Dan dia ikut situation kot... Cam last year ada satu minggu tu aku memang sedih gila, cam aku tak tahu doh apa problem aku. Masatu aku tengah kelas criminal kot, pastu aku nangis  tanpa sebab. Or ada benda trigger aku... entah lah. Tapi sumpah aku cam sedih level aku nangis random masa lecturer tengah mengajar, sebaik lah dalam Lectures Hall masatu so tak nampak sangat, pastu Nas tanya "Syu, kenapa kau nangis?"


Lepastu ada sekali tu aku on the way pergi kelas, dah nak masuk kelas dah kut, subject constitutional law. Sumpah masa tu cam aku rasa sedih gila so I ended up lari pergi toilet dan menangis sampai puas dalam toilet baru pergi kelas balik. Barai.


Dan sambil tulis ni aku realise yang aku sangat emosi bila something tu dah nak berakhir dan aku sedar benda tu. Macam masa AIT2, postmortem hari terakhir. Aku rasa deep down aku tahu this will be our (trainers) last time postmortem dengan ATM3, lepastu masa Merrah cakap untuk tutup postmortem, aku atk boleh tahan air mata aku ya, dia mengalir seperti sungai. To be honest, masa sem ni juga kot aku jadi tak boleh move on, aku sedih doh bila fikir yang kitorang (trainers batch 18) bukan trainers dah, kena naik tenure. Takde dah notice meeting "Trainers kita kena meeting, ada problem!!" hahahhaah serious sedih. Ada sekali tu, kitorang ada janji nak lunch sesama, aku dah jalan nak pergi HS Dry, nak sampai dah pun tapi aku cam tetiba masatu sebak gila so aku pusing balik. Aku balik bilik nangis sensorang dalam bilik. Gila emosi tak terkawal.


I guess I am bad at saying good bye? Aku sejenis yang tak boleh move on?


Berbalik kepada topik asal cerita ni. Heartache.



Kau pernah tak minat sesuatu sangat sangat sampai kau tak sangka yang bila benda tu dah tak ada, it affects you mentally?


To be honest, aku tak tahu lah samada aku bebetul minat VIXX or timing berita buruk ni keluar tak kena. Sebab obviously, bila examination week aku jadi 97% lebih sensitif daripada biasa. Serioushit.


But anyways, aku ingat lagi Jumaat malam lepas (7.8.2020) aku tidur awal. Sebab plan nak stay up lah study Land Law 2. Aku ada final Land Law 2 pagi keesokannya (8.8.2020). Aku sedar pukul 2 pagi kot. Lepas aku dah segar semua, aku buka handphone before nak start study. Just in case ada message penting kan. lepastu aku dapat message ni dari Sal:



Terus aku buka twitter stan aku, nak tengok betul ke news ni, ke macam prank ke apa en. Sekali benda betul, starlights semua dah meletop kat Twitter, cam riuh lah tak tahu apa jadi, menyalahkan semua pihak lah, apa lah. Terus aku cam, entah la masa baca tu rasa tak percaya doh...


I thought I was okay. Sebab, VIXX ni aku minat dari 2015, aku rasa dalam 2018 ke 2019 aku busy so aku cam takde follow VIXX sangat dah. Minat macam tu je. Aku sedih tapi aku tak expect aku akan bebetul sedih. I didn't know that I liked VIXX so much, sampai bila satu member left aku rasa cam... fuck man.. it hurts??


Sumpah second day memula okay je, well I thought I was okay but then bila aku scroll Twitter it suddenly hits me. This is it. Hongbin left. No more OT6. Takde comeback VIXX OT6. Possibility untuk VIXX terus ada tu ada, tapi nipis. It wouldn't be the same without Hongbin. Aku tak faham kenapa aku sedih gila, padahal bias aku bukan Hongbin. But it didn't feel right... VIXX 6 kot aku takleh terima 5 orang VIXX tanpa Hongbin. Dorang cam satu set doh, macam kau makan ayam gepuk bilal kau perlukan air. Unless kau 'strong'.


Pastu aku pergi tengok MV ni:



First of all, lirik dia dah sedih. Lepastu ni last concert dorang as OT6 before Hakyeon enlist. Pastu cam, aku sedar lah, aku belum pergi concert dorang lagi, aku tak pernah dengar live performance dorang lagi dan aku dah hilang peluang tu........


Dengan kesedaran itu, maka bermulalah aku punya mood randomly sedih dan menangis bila teringat VIXX. Hahahahhha rasa macam bodoh tapi sedih terukkkkk. Ada masa aku skip je lagu VIXX kalau keluar kat playlist aku sebab aku tak boleh dengar rasa macam nak nangis. Tengok Knowing Bros yang Ravi jadi guest pun memula aku gelak pastu bila dah nak habis pastu Ravi bagi closing speech dia tibah aku menangis lagi.


Aku emosi gila weh, cam aku pun tak tahu kenapa. Padahal sekarang ni aku cam tengah follow ONEUS, tak tengok sangat VIXX. Tapi bila keluar news ni, impak dia besar doh kat aku. Aku tak expect aku akan se-sedih ini. Dia macam, level sedih bila boyfriend minta clash masa examination week. Aku pernah tanya kawan aku, apa rasa heartbreak lepas putus, pastu kawan aku cakap "Dia macam hati kau di remukkan banyak kali." Weh macam tu lah aku rasa sekarang ni huwaaaaa


Logik jelah sebab dalam bebanyak group Kpop yang aku stan sebenarnya yang aku memang bebetul stan VIXX je. Group lain cam ONEUS, WINNER aku stan juga tapi tak sampai tahap VIXX haha. Buktinya masa Taehyun left WINNER aku takde pun sedih sebegini sekali. Oraite je hmmm


Tapi entah lah, probably sebab VIXX was more than just a group yang aku minat? Aku cam agak obses lah walaupun takde level sasaeng yang macam nak couple dengan oppa tu, tapi cam VIXX ni like one of my source of happiness since 2015? Masa SPM dulu pernah sekali tu rasa macam nak give up dengan SPM tapi lepas tengok VIXX kat YouTube terus rasa semangat nak study ahhahahha. Power ke tidak pengaruh VIXX dalam hidup aku? Bila sedih ke en kalau aku perlu hiburan memalam pun biasa aku akan tengok video video VIXX je doh kalau nak merawat kesedihan. Ceyhhh. Kalau stress study pun tengok VIXX weh omg








Tapi sekarang ni bila tengok VIXX lagi sedih lah nampaknya :'>


Ni baru minat group kpop weh. Imagine kalau aku ada boyfriend pastu clash? Hm maleh lah nak bercinta.



Comments

Popular posts from this blog

IKEA Food Delivery

Alternative for Cetrimide lotion

Coco Latte