The Kind of 'positive' that I don't want
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmP-3Ik5h8YGcxTncwDwX2H9ugnETJ7VIruoRtVnWU3OPWHMwjYeEN_v6zMAiby9r179ZMsaw5yAyYlcc0pKcemVyp60tBBnEVMANcMs38Paj0gD6XqqjwS7EttbN3xKh8hwfQmRnoUCo/s320/photo_2021-07-13_09-58-57.jpg)
Assalamualaikum. Hi. Dalam banyak-banyak elemen positif yang aku perlukan dalam hidup, semestinya bukan COVID-19 Positif yang aku mahukan. Honestly. Aku balik rumah hari Ahad, sebab aku ada dermatologist appointment hari Isnin. Sepatutnya aku tak boleh balik, dengan kes COVID yang naik teruk berserta dengan lockdown kat Selangor dan Kuala Lumpur. Kitorang Uni students yang berada di kampus, stuck dalam Uni. Walaupun kau dah habis paper. Walaupun kau final year student dan dah takde kaitan dah dengan Uni kau, kau kena stay. Unless, kau ada appointment hospital or any reasons yang valid untuk balik. Aku one of those yang balik with reason. Isnin aku pergi appointment. Jalani hidup macam biasa, not knowing that life would be like hell 24 hours later. Haha. Selasa aku dapat call dari nombor yang aku tak kenal. Klinik UIA call aku. "Salam, sister Syuhada? Awak contact rapat dengan sorang pesakit positif ya. Boleh tahu sekarang awak kat mana?". Gila tak panik? Aku dah balik rumah....