The Kind of 'positive' that I don't want
Assalamualaikum. Hi.
Dalam banyak-banyak elemen positif yang aku perlukan dalam hidup, semestinya bukan COVID-19 Positif yang aku mahukan. Honestly.
Aku balik rumah hari Ahad, sebab aku ada dermatologist appointment hari Isnin. Sepatutnya aku tak boleh balik, dengan kes COVID yang naik teruk berserta dengan lockdown kat Selangor dan Kuala Lumpur. Kitorang Uni students yang berada di kampus, stuck dalam Uni. Walaupun kau dah habis paper. Walaupun kau final year student dan dah takde kaitan dah dengan Uni kau, kau kena stay. Unless, kau ada appointment hospital or any reasons yang valid untuk balik. Aku one of those yang balik with reason.
Isnin aku pergi appointment. Jalani hidup macam biasa, not knowing that life would be like hell 24 hours later. Haha.
Selasa aku dapat call dari nombor yang aku tak kenal. Klinik UIA call aku. "Salam, sister Syuhada? Awak contact rapat dengan sorang pesakit positif ya. Boleh tahu sekarang awak kat mana?". Gila tak panik? Aku dah balik rumah. I was exposed to a positive person, not knowing that I did or did not infected, aku balik rumah. Aku dah jumpa family aku. Kakak dan adik aku belum vaksin. Parents aku dah tua. Risau yang teramat sangat.
Paling seram adalah aku jumpa kawan positif tu seminggu lepas. Means aku dah seminggu ke sana ke sini. Risau disebabkan aku kerja part time dan out of those 7 days, aku kerja almost 8 hours for 3 days. Kau rasa? Dalam hati aku berdoa, semoga aku tak positif. Aku tak nak susahkan orang sekeliling aku.
Aku dapat arahan untuk buat swab test. Honestly, kalau aku ada dekat UIA it would be A LOT EASIER. Tapi aku dekat rumah, aku lost as fuck. Klinik UIA just bagitau yang aku close contact dan kena buat swab test. Tanpa bagi aku details kawan aku, tanpa bagitahu nama penuh si positif, tanpa bagi nombor IC si positif dan tanpa bagi surat sahkan yang dia positif. Takde guide, datang without preparation untuk buat swab test dekat KK terdekat. Mungkin salah aku tak cakna dengan keadaan sekeliling. Mungkin KKM dah bagi manual dekat website macam mana nak buat swab. But anyways, here's what you have to do kalau kau close contact dan kau nak swab kat klinik kesihatan kerajaan:
1. Bawa IC (aku tahu semua orang bawa IC pergi memana but just in case ada yang bebal IC bagi mak pegang ataupun jenis tak bawa IC ke mana mana hahahaha)
2. Bawa surat bukti orang yang kau jumpa tu Posititf.
3. Prepare siap-siap nama dan no IC orang positif tu.
Kalau kau buat kat klinik swasta, benda simple je. Tapi gov kan, so cam susah sikit. Aku senanya geram juga lah. Sebab klinik suruh aku pergi swab, without giving me details pasal kawan aku yang positif tu. So aku terpaksa la cari nombor kawan aku tu, (aku tak rapat pun dengan dia, perbualan antara kitorang tak sampai 100 patah perkataan ko tahu tal) So, aku cari dia & minta details dia. Point dia kat sini, aku dah buang masa 30 mins kat depan kaunter klinik untuk dapatkan details and also surat dari UIA bagitahu yang kawan aku positif. Serious geram.
Aku gerak dari rumah 8:30AM, semua benda settle 12 tengahari lebih. Yer, beratur panjang. Unless kau ada duit dan mampu, aku suggest kau pergi swasta je lah. Penat tau. Beratur panjang. Result swab test keluar pun lambat. Penat jadi orang miskin ni hahahha
Kehidupan aku lepastu diteruskan dengan tidak tenteram. Setiap masa aku check HP, buka MySejahtera hoping that result swab aku keluar. Abang aku buat swab 3 kali dah, semua Negatif. Sebabkan aku macam dah 4 hari tunggu, abang aku cakap mungkin result aku Negatif. Kalau Positif mesti keluar awal. Haha I wish.
Tiber kawan aku hantar chat, another friend of mine yang close contact macam aku, Positif. Without symptom. Positif macam tu je. Lagi panik sebab dia duduk sebelah aku masa kitorang jumpa. Aku bertambah tak tenteram. Haha...
Sabtu, 07:51 petang aku dapat message.
Aku finally dapat appointment vaccine. I've been waiting for this message for months. FINALLY!! Happy gila wehhh! Aku dah siap plan nak buat video TikTok, pakai lagu yang "It's vaccination day~" yada yada tu hahahahhaha
Ahad, 0952 pagi another message aku dapat.
Weh masa dapat tu aku speechless. Allah...... Aku ambik masa gak nak hadam everything.
Aku terus bagitahu family aku. Honestly sampai sekarang aku masih ingat the terror on my family's faces bila aku cakap result aku Positif. Aku sangat-sangat risaukan condition family aku. Lepastu aku PM kawan-kawan aku yang tahu aku close contact dan bagitahu result aku. It was hell. Aku panik at the same time tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak rasa apa. I've been feeling restless for days, lepastu dapat berita buruk hahahaha. Aku risau fikirkan yang aku dah jumpa, aku risau my health.
Macam mana kalau aku dah sebarkan dekat orang sekeliling?
Macam mana kalau ada orang sakit sebab aku?
Macam mana kalau tiba-tiba nikmat bernafas tu ditarik?
Macam mana kalau aku mati?
Anyhting can happen. Aku takut. Aku paranoid.
Aku tak dapat call dari KKM. So aku try call KKM. No answer. Aku call klinik UIA. Sama. Aku ws hotline klinik UIA, bagitahu details. Takde balasan. Aku tunggu dan tunggu. At the same time, aku contact kawan-kawan rapat aku, telling them what's the situation. Semua dah panik. Sesuatu yang kita tak mahukan. Nasib baik aku belum pm semua orang, sebab honestly, I don't have all the information I needed untuk pm close contact aku, aku tak tahu macam mana aku nak tenangkan diorang. I don't want to create unnecessary panic. Aku tunggu arahan dari KKM dan klinik UIA.
11:32 tengahari aku dapat another message.
So that's that. Aku kena pergi CAC keesokan harinya untuk assessment health condition aku. Aku juga dapat beberapa form yang aku kena isi untuk trace ke mana aku dah pergi. Nasib baik lepas balik rumah aku takde ke mana dah kecuali Dermatologist. Isu dia dekat UIA je lah sekarang ni.
Aku try contact kawan-kawan aku yang pernah Positif, tanya dorang apa yang aku patut buat. Apa yang aku patut prepare. Nasib baik semua membantu. Ada juga yang tenangkan aku, suruh aku redha lepastu jangan panik or paranoid. Ada yang buat lawak lagi hahahahah
Sampai maghrib, a few of my friends dah start pressure aku, apa dorang kena buat and everything. Sumpah stress. Dengan keadaan kau positif, kau tak tahu kesihatan kau macam mana, dengan hanya sedikit infos yang kau dapat, betapa aku tak boleh bagi diorang definite solutions or procedures yang aku dan close contact perlu buat. Seriously, bagai nak gila.
Lepastu aku try call Klinik UIA lagi. Alhamdulillah dalam lepas Maghrib baru boleh reach dorang. Aku bagitahu pasal result swab aku. Doktor UIA contact aku, aku isi form untuk trace close contact aku dekat UIA. Doktor cakap nanti klinik UIA sendiri yang akan inform close contact aku pasal bad news ni, aku macam contemplate nak biar klinik uruskan or aku patut pm je everyone. Tapi aku fikir, apa yang aku lalui, klinik tak bagitahu everything pun masa dorang contact aku. Semua details aku cari sendiri. Benda tu menyusahkan aku. Aku tak nak close contact aku lalui kelecehan yang aku lalui. So aku PM semua yang close contact aku, aku bagi details aku untuk mudahkan dorang nak swab, aku bagitahu kronologi untuk dorang agak berapa lama dah dorang jumpa aku, etc.
But still, aku hanya bagitahu apa yang aku tahu je lah. Ada yang tanya aku procedure macam aku kerja part time kat klinik UIA dan uruskan segala swab test UIA :) Ada juga claim diri tak close contact aku sebab tak nak swab dan kuarantin :) Interesting juga, sebab aku bila tahu close contact time tu juga aku asingkan diri dan nak buat swab sebab risau if anything happen. Tapi takpe lah, lain orang lain pendapat. Gitewwww
Honestly, malam tu aku tak tenteram. Aku kerap terjaga dari tidur. Stress teramat sangat. Tapi takde rasa nak nangis ke apa.
Pagi tu, aku bersiap untuk ke CAC (Covid-19 Assessment Centre) buat health assessment. Bila turun aku nampak parents aku tengah breakfast. Mak aku suruh makan dulu. Lepastu mak aku cakap "Dik, insyaAllah takde pape tu. Semoga kau dapat kuarantin kat rumah" Terus air mata aku mengalir hahahahhaa.
Aku rasa bersalah dari lepas aku dapat result. Aku rasa diri aku ni bahaya, aku jauhkan diri dari aku dari family. Gila tak sayu, knowing that even dah tahu aku Positif, instead of suruh aku jauhkan diri dan pergi pusat kuarantin mak aku nak aku kuarantin kat rumah. Aku cakap aku takde selera nak breakfast and nak terus gerak, sebab hilanglah macho kalau nangis depan family hahahahahha
Dalam kereta otw ke CAC, aku menangis.... hahahahahah
Okay, tu je untuk first part. Nanti kalau rajin aku ceritakan pula apa yang aku lalui masa buat assessment dekat CAC.
Apa pun, stay safe everyone! Pakai double mask. Sanitize. Please please please jaga diri korang!
Comments
Post a Comment