Tragedi Januari

Assalamualaikum.


Tragedi ni berlaku masa aku belum jumpa sinar kebahagiaan dalam kehidupan lepas spm aku. Setiap hari aku termenung. Ok takla, aku tipu. setiap hari aku bukak youtube, twitter, instagram untuk fangirling vixx & winner. Lifeless bukan?



Tapi kebanyakan masa kalau aku tak pegang handphone, aku termenung fikirkan masa depan, cewah. So biasanya kalau kau tengok aku duduk termenung tu, sedarlah kalian bahawa aku bukan termenung kosong, masatu pelbagai cerita bermain dalam otak aku sehingga boleh menjadi sebuah novel. Imaginasi aku tinggi sia hahahahha!



So, back to the topic ; tragedi ni berlaku pada bulan januari, hari khamis. Entah bagaimana mak aku buat keputusan mengejut untuk hantar kakak aku ke UM. Dia punya mengejut sampai aku macam "seriouslah nak pergi UM semata-mata hantar perempuan ni?!" Takde lah sebab biasa kakak aku balik UM naik komuter je.... 



Aku satu family ikut hantar dia, dan kitorang gerak lepas maghrib, sebab petang tu adik aku ada kelas piano. Lepas adik aku baru habis kelas piano baru kitorang bergerak ke UM.



On the way nak ke kelas piano tu,hujan rintik rintik, tapi kitorang still bukak tingkap kereta sebab kereta hilux bapak aku ni memanjang air cond dia rosak, sampaikan bapak aku pun dah givap untuk repair air cond. Jadi kitorang satu family pun tabah je menaiki kereta hilux ber-air cond kan udara segar, bukak tingkap.


Udara tak segar mana lah, kadang kadang tu dah la tengahari buta panas nak mampus, air cond takde, boleh pulak nak jammed. Korang boleh bayang ah macam mana dia punya panas.


Aku masa tu duduk seat belakang dekat tingkap. Dengan suasana hujan renyai yang tak berapa nak nyaman, aku pun pasang earphone dengar lagu. Percaya lah cakap aku, sepanjang masatu aku feeling habis, macam dalam drama/1



LALU!!!


Air lopak hujan yang banyak dan kuat macam ombak masuk ke dalam kereta!!!



dan aku duduk paling tepi, dekat tingkap.....






Entah bagaimana ya, padahal ayah aku tak drive laju mana pun tapi kereta yang bertentangan kitorang drive dengan penuh laju aku expect dia nak terberak sebab tu drive kereta mencanak laju, maka lopak lopak air itu tepercik ke dalam kereta. jap ni bukan dikira percik lagi, sebab satu muka dengan tudung tudung aku basah kena air lopak tu.....



Aku punya bad mood masatu tuhan jelah tahu. Dah la aku tengok syok feeling feeling dengar lagu sambil merenung ke luar tingkap!!



Jerawat aku ni makin teruk salah kereta tu lah sebab mencemarkan muka aku dengan air lopak kotor tu 👎




Comments

Popular posts from this blog

IKEA Food Delivery

Alternative for Cetrimide lotion

Coco Latte