Ma Clique
Assalamualaikum
Minggu ni boleh dikira minggu kesedihan yang terpaksa aku alami dalam tahun 2016 (cewah!) di mana aku meratapi kawan-kawan aku yang nak pergi UITM. Serious aku tak percaya, rasa macam baru semalam aku datang sekolah lambat lepastu bad mood sebab kena tahan dengan Cikgu Wan Abdul Hadi & kena denda tulis karangan dekat perhimpunan.
Betullah orang cakap paling sedih zaman nak habis sekolah menengah ni bila semua mula bawak haluan masing-masing.
Cepat kan masa berlalu?
Paling aku rasa macam tak percaya bila dibah nak masuk U dah. padahal dulu dia yang beria plan nak stay form six, tup tup dia yang daftar U dulu sebelum aku (since aku daftar 12 jun nanti yeay). Entahla bila aku fikir rasa sedih ada jugak, sebab last year everyday aku jumpa dibah ; sekolah + tusyen sabtu ahad. Pergi mana-mana dengan dia semua, study group then tiba-tiba dia nak daftar U dah. DAH LA DIA DAPAT DEKAT PENANG KAU TAU TAK PENANG BAPAK JAUH!!!
Kalau dia dapat area KL ke aku boleh terima lagi tau hmmph! Aku ni seperti seorang ibu yang tak sanggup melepaskan anaknya pergi belajar jauh hahahaha! Apa pun, Dibah best of luck okay & make us proud. cewah!
Okay ramai je kawan-kawan aku lain yang dapat UITM seperti wawa, hani, sarah... hmm okay aku tak ingat yang lain, but nvm! I'm happy for you guys :)
Aku still lagi tak boleh terima kenyataan aku kena berpisah dengan kawan-kawan aku ni *emoji nangis*, even aku selalu gaduh, carut, kutuk sama sendiri dengan dorang but they're all I have ; yang sentiasa ada menceriakan kehidupan aku hahahahaha! Tahun lepas kadang-kadang tu malas nak pergi sekolah tapi bila fikir nak jumpa kawan, aku gigihkan diri untuk pergi tau!
I'll miss kitorang punya gathering makan-makan. Makan-makan reunion, makan-makan meraikan daftar form six, makan-makan sempena result UPU keluar, makan-makan sebab duit banyak tak tau nak buat apa, makan-makan sebab dah lama tak makan dekat nasi ayam farhani, etc..
I'll miss kitorang punya gathering makan-makan. Makan-makan reunion, makan-makan meraikan daftar form six, makan-makan sempena result UPU keluar, makan-makan sebab duit banyak tak tau nak buat apa, makan-makan sebab dah lama tak makan dekat nasi ayam farhani, etc..
and lastly, makan-makan paling latest ni dipanggil makan-makan sempena nak pisah. Ceh aku pun tak faham berapa kali makan-makan sebab nak pisah ni dorang buat, sebab esok nak keluar makan-makan lagi dekat Melur Cafe. Seriously, kalau aku & kawan kawan aku semuanya gemuk belaka korang boleh tahu lah kenapa en?
Makan-makan paling latest ni one of the best aku rasa, sebab makan murah then ramai yang datang hahahaha! yela sebab biasanya dorang ni semua makan nak dekat easy/eplace je sebab ada AC, tapi sebab banyak sangat makan kat luar, semua dah pokai. so in the end, kitorang semua bersetuju untuk makan dekat nasi ayam farhani (btw nasi ayam farhani punya service nowadays dah teruk sikit berbanding tahun lepas & waiter dia, mat ganja *kitorang bagi gelaran mat ganja sebab dia macam high lol* annoying gila nak matey)
okay so lepas makan kitorang jalankan aktiviti biasa iaitu bergambar sebab who knows, mungkin ni last time dapat gather ramai-ramai macam ni?
![]() |
Triplets! |
![]() |
"acah acah candid wey" -Masya |
![]() |
Temagi Nation! yeap, I'll miss you guys |
Temagi serius grup yang paling stress kalau bab group chat dalam whatsapp. Nina & Masya yang jenis tak suka reply kalau dalam grup chat sampai aku kena personal chat baru dorang balas. Kadang-kadang tu nak dapat even a single "K" pun susah nak matey. Kitorang pasal benda kecik pun boleh bergaduh sebab almost all of us jenis yang baran & cepat marah (except Nina sebab aku rasa dia jenis jarang mengamuk haha!)
There's ain, dibah, nina, masya, intan, atiq, farhana, put, firzanah, wawa, ayra, aina and actually ada lagi yang tak join ; nisa, zue, qina, farah, timah etc. maybe next time boleh kumpul lagi ramai dari ni?
Last year aku selalu rasa macam aku takde bestfriend. ok bagi aku bestfriend tu macam someone yang who's always there for you & kenal kau luar dalam like kau tak pernah gaduh dengan dia even sekali haha OK apa punya fantasi entah. but like seriously everyone have flaws, no one is perfect.
Bila aku baca ni aku realise yang even kau benci or rasa annoying macam mana pun dekat kawan kau, dia still kawan kau yang akan teman kau pergi toilet, pergi rehat dengan kau, tolong kau kalau kau ada problem, etc. Baik buruk dia kena terima lah sebab you ain't that perfect pun nak cari kawan yang perfect.
Kepada my friends yang dah nak sambung belajar tu or yang dah pun start belajar tu, I wish you good luck! do your best, make me proud as your friend sampai one day aku boleh bangga cakap "tu kawan aku tu" bila korang berjaya nanti. Thank you for all the bad and good memories that we've created together. Thank you for accepting me for who I am and stay being my friend till the end. Semoga bila berpisah ni, kita still keep in contact.
Oh and even kita duduk jauh jauh ni, iftar masa bulan puasa kena ada okay? yang tu penting! Lepastu beraya ramai-ramai pegi rumah cikgu cikgu tu pun kena ada! This year mesti lagi senang nak pergi since masing-masing dah boleh drive and ada lesen (except me heh!) lol tiba-tiba aku teringat team kereta viva HAHAHAHAHAHA
ok apa pun, aku sayang korang. muah ciked! lewls
Comments
Post a Comment