Kerja gila 2017



Aku rasa dalam 365 hari yang ada dalam tahun 2017 ni, 26 Julai 2017 adalah hari yang aku buang masa dan paling pointless sekali.






Semua ni start daripada sebulan (or more) before tarikh tu, aku cakap dengan kakak aku "kak, kau nak teman aku pergi airport tak? aku nak pegi jumpa suami aku jap". Cerita dia, VIXX datang Malaysia untuk fanmeet/concert. Harga tiket dia mahal. Aku ni pulak dah la memang takde duit. To be honest, kalau aku ada duit pun, kau ingat aku akan habiskan duit aku beratus demi pegi concert ke? Cuba kau fikir secara logik. Kan?


Tapi, aku dalam takde duit tu, aku nak jugak tengok enam orang pakcik ni depan-depan. Nak tengok in real life. Dia cam bucket list gedik aku la hahaha. Jadi typical fans yang takde duit macam aku, akhirnya aku ambik keputusan nak gi airport je. Biasa la, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Gitew.


Aku pun tak tahu macam mana, tiba-tiba kakak aku cakap "Okay la aku teman kau". Walaupun dia tak minat VIXX, dia teman jugak aku sebab aku nak pegi. Okay la aku terharu sikit, sikit je. hew hew.
So setelah aku buat kaji what time VIXX sampai Malaysia, aku dapat tau yang dorang sampai malam. Aduh! Serabut betul aku fikir macam mana aku nak settle kan masalah transport ni. Sebab aku pergi naik bas, tak nak lah balik malam sangat. Kan bahaya :')


Tapi bila fikir balik, bukan selalu aku buat kerja macam tu. So, aku pun belasah je. Malam pun malam lah, aku kisah apa?!


Excited punya pasal, pukul 11 pagi aku dah keluar rumah. Aku tak faham kebangang-an apa yang aku hadapi malam tu. Padahal dah terang-terang aku tahu yang dorang sampai Malaysia malam. Tapi tulah, aku excited. Lepastu aku apply concept 'just in case', so aku pun gerak awal.


Kitorang sampai airport pukul 2 lebih. Sampai sana, aku check twitter and tengok ada orang update yang VIXX punya flight daripada Incheon pukul 4. PUKUL EMPAT BARU BETOLAK SIA, KOREA KE MALAYSIA ENAM JAM. ENAM JAM KAU TAU.


In the end, aku dengan kakak aku jalan-jalan tanpa arah tujuan dalam KLIA dari pukul tiga lebih tu. Sambil jalan aku asyik fikir ;




"apa benda la aku buat kat sini?"
"kenapa lah aku buang masa aku dekat KLIA ni"
"Aku ni gila lah"




I kept questioning myself tau. Apa syal masalah aku bertapa dekat KLIA demi nak tengok VIXX.


Aku dengan kakak aku berjalan je, pegi makan (makanan kat KLIA mahal doh wtf), lepak surau, naik turun escalator (sebab bosan). Kitorang siap duduk dekat kerusi sambil tengok airplane. Ceh, feeling gila en, sambil dengar lagu ikon - airplane.




Masani aku dah menyumpah yang ni first and last aku buat kerja macam ni. Bosan. Memenatkan. Stress.





Kitorang memang bosan gila sampai kakak aku mula persoalkan motif kitorang datang sini. Siap tanya aku soalan itu ini, bosan gila weh. Kalau dekat KLIA2 at least boleh la jalan-jalan ke apa. Ni KLIA1, memang takde apa.


Lepak punya lepak, sampai aku stress. Akhirnya aku decide untuk duduk dekat surau je sampai isya'. Sebab memang dah confirm VIXX akan sampai around 10pm macam tu. Duduk dekat surau sampai tertidur la cerita dia. Kakak aku siap dengkur k.


Lepas isya' baru kitorang gerak pergi arrival hall. Cewah, semangat tenuks aku masatu. Sampai sana, kitorang tengok flight yang dah touchdown semua. Aku nampak la beberapa orang fans macam aku. Siap ada yang pegang placard lagi, dengan DSLR di tangan hahaha oh god rupanya ramai orang yang gila macam aku. Tapi sebaik aku lek lek je. Aku pegang camera handphone je hahah!


Tunggu punya tunggu, tak keluar pun enam ekor tu. Aku tengok jam dah pukul sepuluh lebih. Aku ni dah la stress nak balik rumah lagi, nak kejar bas lagi. Pastu, sementara menunggu aku pun cuba meramahkan diri, sembang sekali dengan fans kat situ LOL.


Then tiba-tiba one of the fans cakap mungkin VIXX akan keluar ikut laluan VIP. Aku dah macam "?????" Habistu aku nak tunggu dekat arrival hall biasa ke VIP punya? Kalut dah aku, kalau terlepas sia-sia je berjam aku lepak kat KLIA ni semata nak tengok dorang :')


Aku suruh kakak aku naik atas, dia tengok dekat VIP punya tempat and aku stay kat situ. Kalau tiba-tiba VIXX keluar kat laluan VIP nanti aku lari la naik atas. Tu la plan kitorang LOL. gigih doh. Pastu kakak aku dah naik, dalam 15 minutes lepastu tiba-tiba ada sorang cakap "VIXX DEKAT LALUAN VIP"


Lepastu kitorang ramai-ramai, segerombolan berlari macam orag gila. Aku macam lari-jalan-lari-jalan. memang wtf gila, sampai orang dekat KLIA semua pandang kitorang semacam. Masatu aku cam cover cover jugak ah sebab malu HAHAHAHA


Dah sampai atas, dengan termengah-mengah kitorang tengok laluan VIP tu kosong je. Aku dah mula persoalkan, betul ke VIXX keluar kat sini semua yada yada, sebab aku dah kalut takut terlepas, kakak aku offer diri dia untuk tunggu kat bawah pulak. Sebab mana lah tahu VIXX tak guna laluan VIP ke apa kan. So aku pun cam "ha okay". Padahal dalam hati aku terkejut gak, tengok kegigihan kakak aku naik turun dua kali semata-mata hahahaha.


Tunggu punya tunggu, sampai lah dah pukul 11:30pm. Masatu ramai dah bising, sebab dah malam sangat. Aku siap dengar lagi ada makcik complain, "aku ni dah la nak kerja esok, melayan budak budak ni pulak" bla bla bla semua. Kakak aku yang tengah tunggu kat bawah pun Whatsapp aku, kata yang kat bawah Korean passengers semua dah keluar. Ada orang arab je. kakak aku dah start ajak balik dah, sebab dah lambat sangat. Plus, kitorang dah la kena kejar bas semua. THE STRUGGLE WEH.


masani semua tengah excited(?)


Aku nak tunggu, tapi macam dah lambat sangat. Tapi aku cakap dengan kakak aku, kalau pukul 11:50pm dorang tak keluar, kitorang balik. Sambil berharap VIXX keluar before 11:50pm LOL


Tunggu punya tunggu, akhirnya keluar gak enam ekor tu huhuh aku rasa macam nak nangis :')






Aku suruh kakak aku yang record, sebab aku nak focus tengok muka VIXX one by one HAHAHAHA. To be honest, aku tak nampak sangat pun muka diorang sebab diorang pakai mask, topi yada yada. Yang tak pakai pape Hakyeon sorang je. That's my man! 😎





Dia cam bila dia lalu depan aku, macam waktu terhenti seketika, Cewah. *pasang lagu taylor swift - love story* Muka dia cam sparkling sparkling doh lepastu putih (tang mana dorang kata dia gelap pun aku tak tau lah), lepastu mata dia sepet!! Lepastu muka dia macam penat (mungkin sebab dia memang penat or baru bangun tidur I'm not sure). Tapi memang muka cina lah HAHAHA WHAT DO YOU EXPECT?! Dia cam kau tengok waiter cina handsome dekat cafe HAHAHAHAHA! Tapi yang aku cam terkejut, sebab dia jalan slow slow pastu dia buat eye contact kat semua fans kat situ (aku sekali *cough cough*). Macam kau boleh nampak siot mata dia gerak gerak tengok semua orang. TERHARU SYIAL AKU. Sebab members yang lain macam mostly pandang bawah or depan or dorang jalan laju sangat 🤷🏻 Tapi yang aku betul-betul tengok Hakyeon jela masatu 💃🏻






Lepastu fans semua record VIXX (sambil jerit oppa anyeong!) (yang aku tak buat sebab aku tak suka buat bising dekat tempat public macam tu) (plus, aku tak suka bila malays cakap korea. cam ????). Aku follow jugak dorang sampai luar (cam stalker syal) tapi dari jauh la, I mean kalau aku kat tempat VIXX tu, aku pun mesti tak suka bila orang follow rapat lepastu shove camera kat muka dorang. Tapi chill, aku tak judge orang yang buat tu sebab iye kak, saya faham anda excited. Okay.



VIXX dah naik van and gerak, terus aku dengan kakak aku mencanak lari pegi bus station. KITORANG. KENA. KEJAR. BAS.


Cadangnya aku nak balik rumah malam tu, tapi aku sampai KL Sentral pun nak dekat pukul 1AM dah. LRT pun dah tutup. Akhirnya aku terpaksa call grab car, tidur dekat UM je. Nice gak la sebab malam tu kawan kakak aku yang baru balik daripada Sarawak bagi kitorang makan Udang (bakar kot?) and others makanan sarawak (Aku lupa dah nama makanan tu) (TAPI SEDAP GILA UOLLS).


After pergi KLIA semata-mata demi tengok VIXX, aku buat kesimpulan yang ni mungkin first and last aku buat benda ni. (or tak? ok idk) For me, okay je tapi aku tak suka suasana bising tu and how everyone go crazy (menjerit semua) masa tengok VIXX, serious doh aku tak suka dengar orang menjerit and penantian tu satu penyeksaan. Aku tak suka menunggu. Like seriously, zzzzz.



(tapi to be honest masa aku tengah type pasal cerita ni aku senyum macam orang gila)


(dia macam small things yang buat kau happy)


ok so cheesy tapi ok bye







Comments

Popular posts from this blog

IKEA Food Delivery

Alternative for Cetrimide lotion

Coco Latte