Hot Spring Sg. Klah
Assalamualaikum, hai dan hello!!!
Sebenarnya aku dah lama nak tulis pasal ni tapi aku malas, so aku postpone, postpone dan postpone. Bila aku dah ada kerajinan nak type, aku dah lupa... Tapi ummm aku cuba untuk ingat balik apa untuk diceritakan...
Aku belek balik diari aku, (believe me or not but I suck at remembering things so I had to write it in my diary, just for the sake of not forgetting it) TAPI DIARI AKU PUN AKU TULIS MACAM SUMMARY JE HSHSHSHSH. Tapi aku tulis dalam tu tarikh dia September 2017. Which is weird, sebab Septermber bukan aku dah masuk Degree ke? Okay, so aku check balik dekat IG, tarikh aku post gambar hari kejadian, dia tulis 30 August 2017. Jadi ini bermakna tarikh sebenar dia bulan Ogos? Jap, aku stress ni. Aku tak ingat tarikh yang betul OMG. This is why aku kena tulis everything termasuk tarikh sebab nanti aku lupa!
Oh ye sebab aku mengalami krisis aku lupa tarikh yang tepat aku terpaksa call Ain. Aku tak tau la kenapa penting sangat nak tarikh yang betul tapi aku rasa stress bila tak jumpa tarikh yang betul. Ain cakap tarikh yang tepat adalah 25, 26 & 27 Ogos. Aku harap tarikh ni betul hmmm
Okay whatever. Berbalik kepada cerita asal. Seperti biasa aku bila cuti panjang, aku mesti akan plan nak keluar dengan kawan-kawan sekolah aku. Dan, sebelum aku masuk Degree dan sebelum busy dengan kehidupan sebagai seorang student, kira jumpa kawan kawan sekolah aku ni kira macam wishlist aku la :') Sebab yelah, aku dah pindah Puchong, aku takde kawan dekat Puchong. Jadi bila nak keluar dengan kawan-kawan aku yang dekat Tg Malim, aku kena plan helok helok sebab jauh kut Puchong-Tg Malim, dan aku takde lesen. Aku kena usaha naik public transport untuk ke Tg Malim. But I don't mind that, for the sake of meeting my friends tapi dorang tu tak guna betul bila aku plan ajak lepak yang datang sikit je hawau kentut yang join. Aku beria rindu dorang tetapi the feelings aren't mutual!!!!
Tapi ada je yang selalu ada bila aku ajak jumpa hehe. Jadi plan sebenar adalah aku nak balik hari je, macam aku gerak pagi lepastu around petang camtu aku gerak balik Puchong. Tetapi plan adalah plan, aku merajuk dengan mak aku (okay budak budak sangat kan aku), lepastu aku pun buat keputusan untuk tak nak balik rumah dan tak bagitau mak aku yang aku tak balik. Benda kecik je weh tapi entah kenapa aku dok fefeeling macam budak bermasalah nak lari rumah hshshshshhs
Jadi aku pun cakap dengan Ain yang aku tak nak balik rumah. Ain ajak aku tidur rumah dia. Memang last minute plan, dah la aku tak bawak baju lebih pun!! So, bila dah sampai Tanjong, aku dan rakan-rakan lepak dulu dekat Hitz Cafe (yela kat mana lagi kan tempat best nak lepak) sambil lupakan aku punya merajuk tak nak balik rumah. Lepas makan kitorang pergi Tasik Proton. Aku tak tau la kenapa kitorang pergi Tasik Proton, mungkin sebab Tg Malim takde banyak sangat tempat best untuk lepak lepak. Jadi Tasik Proton jela pilihan yang ada huhu
Okay lepas aku tengok gambar di atas aku baru perasan, kat gambar yang aku ambil pakai handphone aku ada tulis tarikh gambar diambil. Tarikh yang betul adalah 27, 28 & 29 Ogos 2017. Aku tak tau la kenapa aku gigih fikir tarikh yang tepat padahal dekat gambar ada je tulis tarikh yang betul..... Penat je aku call Ain, dah la dia bagi tarikh salah!
Jadi, untuk first day [27 Ogos 2017], nothing much happened. Yada yada we catch up a little bit, laugh a little more, bought some foods kononnya nak picnic dekat Tasik Proton tapi makan tak habis pun.
Bila fikir aku tak buat apa pun duduk dekat rumah Ain, maka aku pun plan dengan kawan kawan aku untuk pegi Hot Spring Sg Klah. Malam tu aku, Ayra dan Ain gigih pergi pusing Bidor mencari baju bundle yang aku boleh pakai untuk mandi esok. Yelah, plan asal aku tak nak bermalam pun kan, jadi aku pun terpaksa la beli barang-barang keperluan aku huhu.
(malam tu kakak aku WhatsApp aku bebel kenapa aku tak balik rumah lepastu tak inform mak aku, aku pun cerita la aku merajuk yada yada and the rest is history....)
Jadi, keesokan harinya [28 Ogos 2017], plan ke Hot Spring Sg. Klah berjalan dengan jayanya!!
![]() |
ye gambar ni aku google! |
![]() |
naik shuttle train untuk masuk sebab nak jalan masuk, jauh. Parking pulak dekat luar, kereta tak boleh bawak masuk |
Just in case, kalau kau nak tau Hot Spring Sg Klah tu macam mana, ni gambar dia. (Ye gambar ni aku google)
Nak dijadikan cerita, plan nak pergi Sg Klah ni plan yang tersangatlah impromptu tau. Dan kitorang masing-masing takde duit. Nak jimat punya pasal, kitorang beli telur dekat luar hot spring tu dan seludup bawak masuk dalam hot spring. Sebenarnya tak boleh bawak masuk makanan luar, sebab guard dia akan check beg one by one, kalau nak makan kena beli makanan dekat dalam hot spring tu. Dah la makanan dalam tu mahal sikit! Telur untuk rebus pun mahal! Tapi we got lucky dan tak kena tangkap!!
(so here's a tip: Kalau tak nak kena tangkap yang korang seludup bawak masuk telur, korang sorok simpan telur tu antara baju-baju korang. Guard tu mesti la tak rajin nak check keseluruhan isi bag tu. Biasanya dia check gitu-gitu je)
Yang menjadi masalah, kitorang betul-betul bawak telur satu plastik je. Mangkuk, cawan semua takde. Lepas mandi, kitorang semua lapar so kitorang pun start la merebus telur. Dah rebus, tak tau nak makan macam mana. Sebab semua demand nak telur separuh masak, kena makan dalam mangkuk. Kitorang desperate...
Oleh sebab kelaparan, Farah pun melontarkan idea, "apa kata kita ambik mangkuk yang ada dalam tong sampah dan cuci, cari la mangkuk yang tak kotor sangat"
Jadi kitorang pun ambik mangkuk polisterin yang orang dah guna yang ada dalam tong sampah dan basuh mangkuk tu.... kitorang guna mangkuk tu untuk makan telur rebus... Kicap pulak, kitorang ambik dekat kedai yang jual telur rebus kat situ. Dia cam ada bekas kecik letak kicap dia tinggal dan boleh ambik for free. Jadi....... hahahha.
Alhamdulillah, kitorang semua takde kena keracunan makanan walaupun pakai mangkuk yang dikutip dalam tong sampah, cuma Qina pening-pening sikit lepas makan HAHA.
![]() |
gambar banyak tapi aku malas nak edit so nah! satu je aku bagi :p |
Dari tengahari, sampai ke petang kitorang pusing satu hot spring tu. Kejap pegi main gelongsor, dah bosan pergi kolam panas, lepastu rendam kaki pulak, main dekat kolam budak kecik walaupun kitorang dah besar gajah, jalan lagi pergi balik kolam besar naik gelongsor. Dah petang baru masing-masing tukar baju, mandi dan solat semua lepastu balik. Qina balik rumah dia. Aku, Farah dengan Ayra tidur rumah Ain. Aku masih lagi dalam mood lari rumah tak nak balik rumah hshshshshshs.
Third day [29 Ogos 2017]!! Kitorang pergi Kjo sebab Ain dan Ayra ada kerja kena buat dekat sekolah. Masa ni diorang form 6 lagi, diorang jadi editor untuk Kejora (majalah sekolah). Aku dengan Farah yang takde hala tuju hidup pun tag along, alang-alang takde benda nak buat kan.
Sampai sekolah, aku dengan Farah excited gilaaaa tengok Kjo. Siap buat lawatan ke asrama. Nasib baik masa tu cuti, asrama kosong takde orang. Lepas lawat asrama, kitorang pergi koop (koperasi sekolah), jumpa si Masya. Masya ni pun AJK Kejora tapi dia macam takde kerja sangat, so instead of duduk dekat bilik guru buat kerja, dia lepak dengan kitorang LOL
Lunch kitorang pergi makan dekat Nasi Ayam Farhani. Kalau tak tau, Nasi Ayam Farhani dia betul betul dekat depan sekolah aku. Kira tempat makan paling murah la untuk kitorang pergi makan. Waktu ni atok dengan Arina kebetulan free dan ada dekat Tg Malim. Jadi dapat la kitorang jumpa dua ketul yang susah nak jumpa ni.
![]() |
ye aku google gambar ni! |
Selepas tiga hari aku acah-acah lari rumah, akhirnya aku pun serah diri untuk balik ke Puchong. Sebenarnya aku dah takde duit nak stay lama lama dekat Tg Malim, jadi kena la sedar diri dan balik. Petang tu jugak aku beli tiket bas. Bas aku gerak lambat, aku kena tunggu dalam sejam lebih camtu. Nak naik KTM, lagi la lambat. Ain dan Farah pulak dah pergi balik Trolak meninggalkan aku :')
Tinggal la aku bersama Atok di stesen bas tu. Atok stay situ pun sebab mak dia kerja dekat pejabat pendaftaran dekat atas stesen bas tu. So teman aku sementara nak tunggu bas aku bergerak. Macam-macam kitorang borak, sedar sedar bas aku dah gerak...
Jadi berakhirlah cerita aku kononnya nak lari dari rumah sebab aku merajuk hahahaha. Bila fikir balik, budak-budak sangat perangai aku, siap block nombor semua family aku sebab kononnya tak nak bagi diorang boleh contact aku. Nevertheless, I had a great time with my friends!!!
Aku tak tau macam mana nak end kan entry kalini. Rasa macam buat karangan takde conclusion. Adakah aku perlu buat conclusion seperti apa nilai-nilai murni ataupun pengajaran daripada trip 3 hari 2 malam di Tg Malim ni?
Takpe lah. Kita tutup entry ini dengan ok bye!
p/s: If you're reading this or my other entries, sila lah tinggalkan jejak anda di sayat.me saya yang ada di tepi blog saya ni. SHOW ME SUPPORT!!!
Comments
Post a Comment