Makan babi??
Assalamualaikum!
Tadi aku tengok video Steph Choi yang vlog pasal being a muslim in Japan or something like that. Nice jugak dengar cerita macam mana kawan muslim dia survive kat situ.
Then tiba-tiba aku teringat tragedi aku makan kat kedai Korea yang tak halal. Just in case if you're confused, ni kedai makanan Korea dekat Malaysia ya :'D
Okay semua ni jadi masa aku sem tiga dekat CFS. Aku baru habis paper Islamic Revealed Knowledge. Sebab paper tu jatuh pada hari jumaat, means kitorang boleh keluar lah petang tu. That week memang aku dah bising dekat kawan aku yang aku nak makan 4Fingers, sebab aku tengok gambar dekat IG semua macam sedap je kan. Biasa la aku ni insan lemah yang sentiasa terpengaruh dengan trend.
Bising punya bising, aku cakap dengan kawan aku yang petang tu kitorang kena keluar jugak demi meraikan habisnya paper IRK (padahal esoknya aku ada paper legal skills) (but wtf cares kan, yang aku tau aku nak makan). Sebab aku ni typical student yang sentiasa kesempitan wang, aku google dulu 4Fingers tu mahal ke tidak makanan dia. Lepas google aku rasa macam mahal troxxx makanan dia. Terus aku emotional tak nak makan situ.
Aku dah fikir nak cancel je plan nak pegi makan dekat luar, and to be honest aku penat masa tu. Sebab aku tidur lambat study IRK malam before tu (biasa ah aku dan study last minute takleh dipisahkan). Tapi lepastu aku nampak Tasneem dah datang dekat aku dengan Nas, bersiap nak keluar. Takkan aku nak cancel kan? Jadi aku pasrah la pegi jela makan dekat tempat yang dekat untuk makan. Pilihan masatu KL Gateway je sebab paling dekat. Mid Valley jauh sikit.
Lagipun aku belum pernah pegi lagi KL Gateway ni, sebab dia baru bukak bulan march haritu. Kedai pun belum banyak yang bukak lagi.
Sampai kat sana kitorang jalan dulu nak cari kedai makan. Mula-mula ingat nak pegi KFC je, tapi KFC ramai dan kitorang malas nak beratur panjang. Jalan punya jalan, kitorang jalan naik atas. Sampai la kitorang jumpa satu kedai makan ni ;
nama kedai : I Love Topokki |
Aku perasan dekat luar kedai tu dia tampal 'PORK FREE'. Disebabkan masatu aku dengan Nas adalah kpoppers tegar, Tasneem pulak jenis okay je nak makan mana-mana. Kitorang pun bersetuju nak makan dekat situ. Aku pun actually belasah je masuk masa tu, sebab aku lapar gila.
Overall kedai tu cantik la jugak, mungkin tak ramai orang sebab kedai tu baru buka.
So, lepas tengok menu, kitorang order ;
-Kimchi Fried Rice
-Bibimbap
-Maggi? (Dia cam maggi tapi ada udang yada yada)
-Cheese tteokbokki
Harga dia hmm lebih kurang je kalau aku pegi 4Fingers, buang masa betul.
Apa yang bagus pasal kedai ni, dia punya owner sendiri yang layan kitorang. Owner dia ramah gila nak mampus. Dia siap ajar aku cara nak makan bibimbap yang dimana kau kena gaul semua lauk dia pastu baru boleh makan. Mula mula aku hesitate gak nak gaul, sebab dah rupa nak bagi kucing makan dah kalau gaul sekali camtu. Tapi owner tu kata aku kena gaul, yang in the end dia ambik mangkuk aku dia gaulkan hahahahaha. Lepastu dia ambik gambar kitorang bertiga pakai kamera dia. Siap cuci lagi uolls
Mula-mula aku pelik jugak, sebab owner dia ramah nak mati. Service tiptop la kata kau. Tapi lepas bayar baru aku faham. Sevice charge dia RM8 setan, padan la boek je dia layan hahahaha.
Kitorang makan bertiga je masa tu, tapi total semua RM80+
Huhu nangeh!
Malam tu aku balik dengan perut yang kenyang.. Macam biasa, dalam jam 11 malam macam tu aku melepak dekat musolla sebab nak study legal skills dengan kawan-kawan aku. Tengah relax-relax, out of nowhere aku dapat message daripada Tasha berbunyi,
"Syu, you makan dekat KL Gateway tu I <3 Topokki kan?"
Aku balas "ha ah", sebab masa aku pegi makan tu aku cerita dekat Tasha pasal kedai tu. Sebab Tasha ni pun lebih kurang je kpoppers macam aku, jadi dia pun excited dapat tau pasal kedai makan tu. Lepastu Tasha hantar gambar pasal kedai tu. Dia google pasal kedai tu and dalam tu dia tulis yang kedai I <3 Topokki ni non-halal.
Aku dah kalut gila dah masatu. Serious la tak halal?
Dah la aku order makanan yang ada daging tau!
Aku pun google punya google, rupanya kedai tu ada dua cawangan. Yang cawangan lagi satu tu memang clear tak halal, plus dia ada serve alcohol. Tapi masa aku check yang cawangan aku pergi dekat KL Gateway tu takde pulak alcohol ke apa.
Kalut tak kalut memang aku runsing la malam tu.
ADAKAH AKU TERMAKAN BABI???
SO DARAH DAGING AKU NI ADA BABI LA SEKARANG NI???
Aku dah terfikir, nak kena buat solat taubat ke apa ni. Cuak nak mampus!!!
Tapi aku cuba argue dengan kawan aku, yang dekat kedai tu dia dah bagitau 'free pork' so mungkin halal la kan? Tapi kawan aku (yang tak pegi makan dekat situ) balas balik yang mungkin ada alcohol semua. Siap cakap "dah haram tu haram je lah". Oh babi dorang langsung tak nak tenangkan otak aku yang dah meletop sebab termakan babi. Tuang minyak ke api yang membara lagi adalah. At least cakap la "mungkin takde apa kut", tapi tak. Dorang lagi buat aku rasa takut wtf.
Aku terus google facebook kedai tu, dan aku pm orang tu terus. Aku perlukan kepastian. Adakan betul aku dah termakan babi?!
Dalam jam satu lebih aku ambik keputusan untuk study sendiri malam tu. Runsing aku bila memikirkan aku ada paper esok dan kawan-kawan aku dah confirmkan yang aku makan babi. Langsung tak nak bagi aku kata-kata semangat seperti, "takpe mungkin bukan babi kut kau makan"
Biasanya kalau aku tengah fikir or serabut, memang boleh nampak dekat muka aku. Masa aku nak naik tangga Nas pusing kat aku lepastu dia cakap, "Syu, relax lah. Jangan takut sangat"
aku macam nak balas KAU GILA TAK TAKUT? AKU DAH TERMAKAN BABI HUWAA
Petang keesokannya, akhirnya aku dapat reply daripada owner kedai tu sendiri. Berdebar aku baca takut-takut dia kata "YA ANDA DAH MAKAN BABI HAHAHA"
Tapi Alhamdulillah, rupanya aku tak makan babi huhu
click gambar kalau nak baca lagi jelas ;) |
So, pengajaran daripada cerita aku ni, kalau nak masuk kedai makan korea ke atau apa-apa kedai makan yang macam kau tak berapa nak nampak sangat ke-HALAL-an dia, better kau tanya dulu. Pastikan kedai makan tu halal! Jangan terus bedal je.
p/s: lepas dapat reply message tu, terus aku screenshot dekat Tasha pasal kedai tu. Lega betul aku bila dapat tahu aku makan makanan halal huhu. Petang tu jugak Tasha pergi makan dekat kedai tu dengan roommates dia :')
Comments
Post a Comment