Baby



Pagi yang hening, seperti biasa selepas sahur dan subuh aku akan menjalankan aktiviti produktif aku iaitu tidur. Tahap mengantuk aku pada pagi itu mencapai tahap maksima dan aku sangat menikmati waktu tidur aku. Seriously, aku je ke yang rasa waktu paling indah dan best untuk tidur adalah selepas subuh?


Tiba-tiba, sedang aku lena menikmati tidur. aku dikejutkan oleh abang aku. "Bangun! Kak Madihah nak bersalin dah. Kau kena ikut pergi hospital"



Aku dengan penuh mamai pun pergi mandi. Tengah bersiap, mak aku jerit satu rumah "SYUHADA CEPAT" diusuli suara ayah aku marah "ORANG NAK BERANAK DAH TU KAU BUAT LAMBAT LAMBAT!! KORANG NI KAN" apa la salah aku pagi tu :')



Jadi atas desakan mak dan ayah aku, aku hanya capai handphone dan beg yang mengandungi skincare aku je. Tudung pun aku main grab letak atas kepala. Dah masuk kereta baru aku start pakai moisturizer, sunscreen dan segala mak nenek. Padahal abang aku drive dengan penuh chill, kak madihah aku suruh abang aku drive slow slow je, tak payah rush. Habistu yang aku rush pagi tadi bagai nak rak tu untuk apa? Ya tiada siapa yang mampu menjawab soalan aku ni.


Plan dia sepatutnya abang aku dan wife dia nak pergi berdua je, tapi disebabkan Balqis dan Manis terbangun awal pagi tu, jadi diorang pun ikut sekali. Sebab tu aku pun kena ikut, function aku untuk menjaga dua orang budak kecik ni. Ye, aku memang seorang makcik sangat yang function.


yang aku tengah dukung tu Manis, yang kat tepi tu pulak Baqis



Sampai sampai, abang stop dekat depan emergency bersalin and suruh aku pergi parking. Nak cari parking kat Hospital Serdang ni punya la susah, dengan jammed dia lagi. Pusing dan pusing akhirnya aku terpaksa park dekat luar Hospital. Agak jauh la jugak aku kena jalan :') Berpeluh tau ketiak berjalan dari tempat parking sampai ke hospital!


Bila aku jalan balik pergi emergency punya tempat tu, abang aku cakap Hospital penuh, takde katil. Kakak ipar aku kena bersalin dekat tempat lain. Astaghfirullah, murungnya aku mengenangkan aku kena jalan balik ambil kereta yang aku park dekat luar hospital. Dah la aku baru sampai.... kau faham tak dia punya struggle tu macam mana???


Tapi atas dasar kasihan, kakak ipar aku suruh abang aku yang pergi ambik kereta mehehehe. (Aku tak tau nak cakap camne tapi kakak ipar aku ni, ya Allah the best kakak ipar I've ever had in my whole life!! Ceh padahal ada sorang je kakak ipar but whateva ok she's kind!!) Abang aku pasrah la, berjalan. Dia dah halfway tiba-tiba kakak ipar aku cakap air ketuban dia dah pecah. Ha enko rasa???


Jadi abang aku pun berjalan la patah balik masuk hospital, berpeluh-peluh dia berlari. Tabahnya abang aku ni, takde siapa boleh lawan tau :') Kesian aku tengok. Sebab kakak ipar aku tu dikira dalam keadaan emergency, jadi dia pun dapat stay je kat hospital tu, bersalin kat situ.


Jadi kitorang pun duduk la menunggu kat luar. Bosan dia dah tak boleh bincang, Balqis dengan Manis pulak dah tanya aku seribu satu soalan. Kau tahu la budak-budak bila bertanya, sakit otak aku fikir nak bagi jawapan. Lepas dah beberapa jam, akhirnya abang aku suruh aku bawak Balqis dengan Manis balik rumah.


Okay just in case before korang confuse kenapa susah nak jaga budak-budak ni, korang kena tahu yang Balqis dan Manis ni tak pernah sekalipun pisah dengan parents dia. Kakak ipar aku tak kerja so memang dia jaga anak-anak dia full time, dorang memang tak pernah hantar Balqis dan Manis ni kat mak aku untuk mak aku juga. Balqis dan Manis ni pulak, diorang jenis yang overly attached dengan parents dorang, aku tak tau kalau semua budak-budak camtu, tapi anak buah aku duorang ni memang camtu. Mandi ke makan ke, dia nak mama atau papa diorang jugak yang buat. Tak boleh orang lain. Kadang-kadang kalau Manis tengah main mainan, dia akan berenti main dan cari mama dia. Kalau dia tak nampak mama dia depan mata dia, dia nangis. Balqis pun lebih kurang je.





Jadi, untuk nak trick budak-budak ni ikut aku balik rumah, abang aku pegi tipu dorang, suruh naik kereta dulu nanti abang aku naik jugak. Padahal abang aku stay dekat hospital untuk jaga kakak ipar aku. Budak-budak tu pun percaya laaa. Lepas dorang berdua dah naik kereta, aku pun terus gerak. Nak distract budak-budak ni daripada cari parents dorang, aku pun pasang la lagu budak-budak. Johny Johny yes papa, lagu Moana, lagu Frozen semua aku pasang. Nasib baik aku memang ada buat playlist lagu budak-budak untuk dorang. (OMG KORANG CONTOHI LA AKU, AKU SIAP ADA PLAYLIST KHAS UNTUK BUDAK BUDAK NI OK KAT SPOTIFY #BESTMAKCIKEVER)


Dah separuh jalan, tiba-tiba Manis perasan mak dia takde. Dia pun start la menangis sambil menjerit "MAMA MAMA". Aku nak pujuk pun tak boleh sebab aku tengah drive, jadi aku biar je budak tu menangis. Nasib baik masatu kitorang dah dekat IOI, so takde la jauh sangat dengan rumah.


Bila sampai taman perumahan aku, tiba-tiba Balqis pulak perasan yang kitorang rupanya nak balik. Sebab masa awal-awal tu, abang aku cakap aku nak bawak dia jalan-jalan je. Balqis pun apa lagi, dia start menangis sambil menjerit "ALA TAK NAK BALIK RUMAH. NAK BELI MAINAN DENGAN PAPA!! MANA PAPA? NAK PAPA"


Aku punya serabut dalam kereta masa tu, tak boleh bawak bincang. Manis dok menangis nak mama dia, Balqis menangis nak papa. Kau rasa??? Dalam hidup aku ni, merupakan situasi paling kucar-kacir yang aku pernah hadapi. Serious talk.


Dah sampai rumah, aku buka pintu sambil jerit "MAK, TOLONG MAK CUCU MAK NANGIS" pastu mak aku pun keluar tolong aku angkat budak-budak tu. Manis nangis kejap je, lepastu dia diam. Balqis pulak nangis, dia cakap "nak papa" beribu kali macam zikir. Parents aku pulak memang amalkan konsep tak pujuk budak-budak bila nangis, jadi kitorang semua biar je Balqis menangis sampai dia letih.


Manis dah diam, mak aku pun pancing la dia. Ajak dia mandi dan makan. Nasib baik dia nak. (p/s: Manis ni memang manja sikit dengan mak aku) Walaupun muka sedih dan sememeh mencari mama dia, dia ikut je mak aku suruh dia mandi, dia mandi. Lepas mandi, aku suap dia makan lepastu dia main mainan dia. Kakak dia pulak, masih lagi menangis.


Lepas sejam (atau lebih), Balqis masih lagi menangis sambil chanting "nak papa nak papa" non-stop before dia tiba-tiba tukar zikir dia dari "nak papa" ke "nak tidur". Aku pun bawak la dia masuk bilik, dia pun tidur sebab dah penat menangis, takde orang layan. Cian.


Lepas setengah jam, Manis pulak menangis. Dia dah ngantuk, tapi si Manis ni perangai dia kalau nak tidur dia nak kena peluk mama dia. Jadi dia pun nangis "nak mama nak mama". Dia masuk bilik, kakak dia si Balqis tu dah tidur, mak aku pulak tengah duduk tepi katil, tengok TV. Manis baring bawah katil lepastu nangis lagi sampai la dia tertidur. Drama teruk anak buah aku ni, haihhh


Sebab budak-budak tu dah tidur, aku pun naik atas untuk tidur. Aku pun ngnatuk + penat melayan budak-budak tu. Penat jugak eh jadi babysitter ni???


Dalam pukul 2 aku turun bawah, aku nampak Balqis dengan Manis tengah tengok TV. Aku agak mood dorang dah okay. Balqis pun dah siap mandi dan makan. Mak aku cerita, dia bangun je terus mak aku tanya dia, "kakak nak mandi dengan opah tak?", aku agak dia dah malas nak tunjuk perasaan so dia pun ye kan je, mandi dengan mak aku. Hahahahaha


Petang tu, kitorang bawak budak-budak tu beli mainan dekat McD. Cerita dia macam ni, aku tak tahu la macam mana, tapi kawan aku si Nasriyah tu dia beli McD lepastu dapat kids punya toy yang patung barbie tu. Disebabkan Nasriyah ni dah besar, adik-adik dia lelaki dan dia takde anak buah, dia bagi aku barbie tu, untuk bagi dekat anak buah aku. Masalah dia sekarang ni, barbie tu ada satu je. Jadi, Balqis dan Manis berebut nak barbie tu. Untuk selesaikan kemelut pergaduhan dia atas perebutan barbie, kitorang terpaksa la pergi McD untuk beli lagi satu.


Nak dijadikan cerita, mak aku bagi duit cukup untuk beli satu je Happy Meal. Jadi, satu happy meal = satu mainan. Masa aku beli tu, both Balqis dan Manis ikut aku. Akak cashier tu bagi kitorang dua mainan untuk pilih, satu cermin hello kitty dan satu lagi macam kotak, dalam tu ada mainan. Kena pilih satu je dan aku bagi Balqis yang pilih sebab barbie tu dah dapat dekat Manis. Tapi tiba-tiba Manis buat ayat sedih, "Ala, Manis nak jugak" sambil pegang mainan yang kitorang kena bagi balik dekat akak cashier tu. Yang tak tahan tu, suara si Manis sedih benor bunyinya.


Aku agak akak tu pun kesian tengok Manis, dia pun bagi Manis ambil mainan jugak. Jadi we got lucky, beli satu set happy meal tapi dapat dua mainan hahahaha. Masuk je kereta, terus eksaited teroxx main mainan dia tu


Ni muka happy Balqis sambil pegang barbie LOL


Lepas beli mainan, kitorang pun bergerak untuk ke hospital. Dalam pukul enam lebih (I guess) lahirlah anak buah aku yang ketiga bernama Elise







Tengokla muka dia uwu


Tengokla kehebatan aku tidurkan Elise. Ingat semorang ke boleh tidurkan baby? Orang yang hebat je tau mampu tidurkan baby! Hahahaha



WEH SUMPAH COMEL DOH ELISE NI CAM UWU SO SQUISHY DAH LA KUAT TIDUR PASTU PIPI DIA BULATNYA COMEL TEROXXXXXX 


So, ini la struggle aku (for the first time) handle anak buah aku tanpa abang aku dan kakak ipar aku. Haih, nasib baik aku sayang :'D




Comments

Popular posts from this blog

IKEA Food Delivery

Alternative for Cetrimide lotion

Coco Latte