pokok kurma
Assalamualaikum fans! hehe
Jadi bulan December 2018 merupakan bulan yang sangat mencabar bagi aku. To be honest, aku rasa every hujung semester aku akan jadi seorang yang sangat cengeng dan senang menangis. Tapi kalini, dugaan dia lain macam. Aku nangis setiap hari dalam satu minggu tu.
Semua ni start daripada hari khamis [6 Dec 2018], sehari sebelum dinner inspire [7 Dec 2018]. Malam tu, masa batch aku practice untuk performance dinner tu, abang aku bagitau dekat WhatsApp yang ayah aku masuk hospital, sebab sakit perut. Aku committee untuk dinner, jadi aku agak sibuk dan serabut dengan preparation dinner tu. Dalam masa yang sama, aku nak lawat ayah aku. Walaupun ayah aku belum masuk wad, kena tahan dekat dekat zon kuning, tapi aku nak juga pegi hospital to see him with my own eyes. Diorang hantar ayah kat hospital Serdang, agak jauh daripada UIA. Kalau naik kereta, dia ambik masa dalam 40 minit nak sampai, naik public transport pula lagilah lama, ambik dalam 2-3 jam.
Aku dah serabut fikir pasal transport aku nak pergi Hospital Serdang pagi jumaat tu, kena pergi hospital tengok ayah aku dan dalam masa yang sama juga aku kena tolong team pubpro siapkan preparation untuk dinner malam tu. Nasib baik masatu, Faris tawarkan diri untuk hantar aku ke hospital, sebab kelas dia hari Jumaat tu pun start lambat, dan je kalau dia nak hantar aku kejap. Jadi, thanks to him dalam jam 9 pagi macam tu aku dah sampai hospital. Kalau aku naik public transport, belum tentu aku sampai seawal tu.
Lepas 2-3 hari ayah aku dekat hospital Serdang, hospital discharge ayah aku cakap ayah aku takde pape. Padahal ayah aku dah sakit sangat dah. Kitorang pun ambik jalan lain, hantar ayah aku untuk dirawat dekat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Miza, Wangsa Maju. Dekat HAT, macam-macam rawatan dan test dorang buat untuk analyse apa sakit ayah aku. Ayah aku kena tahan dekat wad biasa.
Hari isnin seterusnya, aku ada quiz malam tu. Tapi petang lepas aku habis kelas, tiba-tiba adik aku call bagitau yang mak aku call dia nangis-nangis, ayah aku sesak nafas, doktor kena operate tebuk tengkuk ayah aku. Hati aku tak tenang weh, fikirkan ayah aku. Aku terus gerak pergi hospital lepastu, nasib baik HAT tu dekat Wangsa Maju je, dan Tini tolong hantar aku. Nasib baik juga sir faham masalah aku dan bagi aku postpone quiz tu ke hari lain.
Lepas operate, paksu aku yang merupakan doktor, terangkan dekat kitorang pasal sakit ayah. Dalam explanation tu, dia bagitau 2 scenarios, one is insyaAllah takde pape, tapi lagi satu scenario boleh jadi usus ayah aku rosak dan ayah aku kena operate untuk potong usus tu. The latter tu worst-case scenario lah, because it will be hard for my dad kalau usus kena potong. Ayah aku pula dipindahkan ke wad ICU lepas operation tebuk lubang dekat tengkuk tu.
To be honest, that same week was a bit crucial bagi aku. It's the second last week of the semester dan hari rabu, aku ada oral submission untuk mooting. Kitorang satu family masih lagi tunggu update daripada doktor. Dan dan pagi rabu tu juga, abang aku update kat kitorang yang usus ayah aku dah rosak, jadi usus ayah aku kena potong. Kau boleh bayang tak, dalam hari yang sama, ayah aku nak kena operate dan aku ada oral submission mooting. Potong usus tu the worst-case scenario that might happen, and it happened. To be honest, aku dah pasrah pasal mooting aku masa tu, sebab aku tak tenang fikirkan ayah aku nak operate.
tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Pembedahan ayah berjalan dengan lancar, oral submission aku pun berjalan dengan lancar, better than expected. Cuma selepas operation tu, ayah aku di-koma-kan untuk dua hari, nak bagi ayah aku berehat. Dan kitorang still kena pantau kesihatan ayah aku, usus dia berfungsi ke tak yada yada. It was hard for me nak kawal diri daripada menangis tiap kali lawat ayah dalam ICU, bila dekat UIA lagi lah aku menangis teruk. I was so scared for my dad. Aku rasa hampir tiap hari gak lah aku menangis kat dalam toilet, aku rasa macam this is too much, I can't handle all this.
Minggu tu sumpah aku rasa macam mencabar gila. Aku tengah dekat minggu 13-14 semester, semua benda serabut. Dengan submission nya lah, assessment yang belum siap lagi, everything. Setiap hari aku ulang-alik UIA ke HAT Tuanku Mizan. Dengan tak tenangnya aku bila fikirkan ayah aku lagi,
Kawan-kawan rapat aku + budak inspire semua tahu what I'm going through. Dorang bagi aku semangat, buat aku rasa macam I'm not going through this alone. Ada sorang kawan aku ni, dalam aku tengah stress dengan semua keserabutan ni, dia whatsapp aku. Dia cakap, "syu, kau tau tak kenapa pokok kurma boleh tumbuh dekat kawasan yang panas?"
Aku cakap la yang aku tak tahu, lepastu kawan aku bagitau aku:
Pokok kurma ditanam dalam pasir dan ditutupi dengan batu. Kenapa ditutup dengan batu? Sebab batu tu akan tahan kurma tu daripada tumbuh keluar, bila tak boleh tumbuh ke luar, kurma tu akan tumbuh ke bawah, akar dia yang akan tumbuh sampai akar kurma tu cukup kuat untuk tumbuh ke atas dan tolak batu tu daripada halang dia untuk tumbuh. Hasil dia, pokok kurma boleh bertahan walaupun dengan cuaca yang ekstrem.
Lepastu dia sambung,
Macam tu la juga kita sebagai manusia. Kenapa Allah bagi kita ujian, tekanan hidup? Sebab Allah nak latih kita jadi kuat. Supaya kita mampu melawan tekanan kehidupan tu.
In a way, dia buat aku sedar yang ujian yang datang kat aku ni, bukan nak lemahkan aku, tapi untuk kuatkan aku. He was trying to tell me to be strong dengan bagi perumpamaan. To be honest, aku tersentuh la jugak. Sebab bila fikir balik, ujian ni semua baru sikit. Aku baru 20 tahun, I'm going to go through a loooooot more than this, dan ujian ni la yang bantu aku untuk prepare for the future.
So, you who are reading this, if you're going through something, be strong. I know it's hard, but I know you can get through this. And besides, you're not alone. Allah is always there, ask for His help. Jangan berhenti berdoa. Look around you; your family and friends are there, to help you. You're going to make it, through thick or thin!!
S T A Y S T R O N G !
Oh by the way, sekarang (read: 8/1/2019) ayah aku masih lagi dekat hospital, tapi dah semakin baik. Alhamdulillah. Just wanna say, thank you so much to those who were there for me, yang memberi kata-kata semangat, kawan-kawan yang hantar aku ke hospital, yang care, yang mendoakan kesihatan ayah, yang datang melawat ayah, yang keep telling me that it's gonna be okay. Allah je mampu balas jasa kalian <3
Comments
Post a Comment