Day 9 of 366: I’m a clown

So, 9th day 2019, started my day being super productive. Woke up for Subh and went jogging with my friends. Had a breakfast yeayy (idk why but I LOVE breakfast so much!!)

And that is where my productive day ended. Because once I get back to my room, I slept the whole afternoon. Sampai Zuhr, tak chill :’) 



Okay so shit gets real from here. I know my first post for 2020 should be something meaningful, but this one is so funny that I had to share it with you guys!! But before that, a disclaimer, I’ll be using bahasa from here, because it’s easier for you guys to understand the whole story.


Baiklah, dimulakan dengan obsesi aku pada Chicken Wrap Bilal. For real guys, if I were to choose foods to eat for dinner, it will be either chicken wrap bilal or bihun kari. I am so obsessed with these two foods, been eating it for a while, masih belum jemu. So I was thinking of eating bihun kari, but then it’s already 6:30pm, probability untuk kedai Bihun kat kafe Nusaibah tu dah tutup adalah besar ya. Plus, aku cashless!! Nak tak nak, aku still kena turun at least ke kafe Econs untuk withdraw duit. So, aku WhatsApp Tini, nak pinjam duit dan ajak Tini pergi kafe bilal. Nak makan chicken wrap!! Tini being Tini, dia cakap “okay”. The thing is, Tini told me yang duit dia ada dekat bilik. So I was SUPPOSED to ambil duit tu, sebab Tini dari Edu lepas hantar assignment.


Nak dijadikan cerita, my forgetful ass, dengan penuh confident keluar tanpa mengambil duit Tini. Dalam purse ada RM1, sambil remind diri untuk withdraw duit nanti. But yeah, yang tu teringat dalam otak je lah, lupa nak suarakan dekat Tini pasal nak singgah ATM.


So, I went to Bilal. Ordered a freaking chicken wrap. By the time abang chicken wrap tu bagitau aku yang chicken wrap aku dah siap, aku pandang Tini dengan penuh kalut. “Tini!!! Duit?!!!” Tini pun cakap, “KAN AKU SURUH AMBIL KAT BILIK AKU”. Maka bermulalah babak babak kalut aku, fikir mana nak cekau duit. Nearest ATM dekat econs, which would take time sebab nak kena gerak sana dah satu hal. Pusing-pusing cafe, takde sorang pun yang aku kenal kat situ. 


Aku pun mula proses, “Okay siapa je brothers yang ada kat UIA dan agak-agak ada kat area sini?”. Sebabnya, area sini semua mahallah brothers, macam buang masa je kalau aku contact sisters. Aku whatsapp ramai member lelaki (obviously budak Inspire) untuk meminjam duit. Calon utama mesti lah Mizee, tapi dia kat Terengganu. Aku dan Tini pun namakan semua nama yang function untuk di contact... Muz, Syafuq, Ajim, Faris, etc. Aku punya kalut sampai aku WhatsApp group, just untuk cari sesiapa yang ada disekitar kafe Bilal :')


Ye level kalut sampai tanya siapa ada kat bilik. Padahal boleh je tanya "siapa ada kat mahallah?" je :')


Pastu Tini cakap, “try call Awiz”. (p/s: abang chicken wrap dok panggil aku banyak kali “CHICKEN WRAP SIAPP” cam, ko boleh chill tak bang. Saya ni takde cash nak bayar tau dak?!!)


Nasib baik lah by the time aku call Awiz tu, dia baru sampai bilik. Maka Awiz lah menjadi hero menyelamatkan perempuan cashless seperti aku ini. Pastu masa aku tengah tunggu Awiz, muncul pula si Ajim tengah jogging, aku pun jerit "WOIHH ADA DUIT TAK?". Ajim kata takda, pastu dia tanya apasal. Lepas aku cerita dia hanya jerit "BODOH KAU BODOHHH" sambil gelak-gelak. Dah la tak membantu, pastu dok situ gelakkan aku je. Tak guna :')


Settle membayar chicken wrap menggunakan duit Awiz, aku pun pergi withdraw duit kat Econs sebab nak bayar duit Awiz. Bayar time tu juga sebab si Awiz ni nak balik Penang esok, takut tak sempat nak bayar next time. Bayar next sem takut lupa pula. Sebab bila withdraw duit tu besar, aku dan Tini pun decide untuk pergi kafe Ali, untuk beli mangga susu dengan niat nak pecahkan duit.


Order punya order sambil menahan diri daripada menumbuk muka abang air kafe ali yang miang semacam ni, boleh pula aku dengan confident bagi duit RM50 pastu cakap "kejap eh ada duit syiling". Abang tu pun tunggu, aku bagi 50 sen ya dengan penuh confident sebab aku ingat air mangga susu tu RM 2.50, pastu abang tu gelak-gelak sambil cakap "bagi 50 sen buat apa? Air ni RM3!!" Dia cam marah dan gelak, pastu cakap kuat pula tu. Sumpah aku malu gila masatu, dah la tengah ramai orang 😭😭😭


To conclude, aku rasa struggle gila aktiviti membeli dinner aku harini. Penat dengan kebodohan diri, juga penat diketawakan orang sekeliling atas kebodohan diri :') Mohon semua jangan jadi bodoh macam saya ya! :')




Okay bye. Motifnya post aku kalini hshshhshshs

Comments

Popular posts from this blog

IKEA Food Delivery

Alternative for Cetrimide lotion

Coco Latte